Sunday, May 3, 2009

POWER ROOT!

Tanggal 27hb April 2009, gua telah melakar sejarah dalam hidup gua. Gua telah dipanggil untuk menjalani sessi penggambaran iklan komersial sebuah minuman popular pada masa kini. Bukan pepsi, coca-cola mahupun sirap bandung.

Ia merupakan POWER ROOT. Market kan gua? Ini bermakna, gua dah berada dilandasan yang tepat untuk mula bertapak sebagai anak seni. Dalam masa yang sama, gua sudah berada sebaris dengan duta-duta Power Root yang lain seperti Rosyam Nor, Mawi, Farah AF2 dan ramai lagi.

Dan untuk membuktikan betapa market nye gua, sila lihat perbualan gua dengan salah seorang dari krew produksi iklan komersial tu. Dia call gua untuk melamar gua untuk membintangi iklan tersebut.


krew : Assalammualaikum. Adakah saya sedang bercakap dengan apex?

apex : (terkejut dan blur) Waalaikumsalam. Ya saya. Apex bercakap. Ada apa2 yang boleh saya bantu?

krew : hahaha (gelak orang bisnes) Begini apex, saya dari Kunci Patah Production, nak meng-offer awak untuk membintangi iklan Power Root yang akan menjalani penggambaran di IKEA esok. So, adakah awak berminat?

apex : Oh. Yeke? Apa watak saya? Macam mana dengan payment?

krew : Awak akan membuat 4 scene bersama Farah AF2 dan Mawi, boleh dikira awak watak besar juga la. Dan payment pula kitorang akan bagi anda deposit RM200 dulu, selebihnya kitorang akan bagi selepas iklan siap. So, macam mana?

apex : HELLO! Production korang ni sengkek ke? Agak2 la, 4 scene RM200 je payment. Come on la. Kalau macam ni, saya tak amik job ni pon takpe kot. Banyak lagi job lain saya (bukan demand, tapi ini lah realiti. kepada Noh Hujan : jangan terasa)

krew : Oh. Sorry2. So, awak nak berapa? Saya up jadi RM350 ok? Cukup tak?

apex : Hmmm. Ok2 la. Kalau RM350 saya terima. So, deal ok. Pukul berapa saya patut berada di lokasi esok?

krew : Ok. Terima kasih banyak2 apex. Saya suka sikap pelakon baru mcm awak ni. (bajet bodek) Ingat, awak mesti berada di sana sebelum pukul 10pm sebab nak fitting baju and make-up. Ok?

apex : Ok2. Jumpa esok.




Ehem2! Market kan gua? Gua dah cakap, lu orang yang tak nak caye. haha. Tapi yang sebenarnya yang kat atas ni bukan dialog gua. Sebenarnya ini dialog Rosyam Nor. Gua just tukar nama Rosyam Nor kepada nama gua je. Dialog sebenar gua yang kat bawah ni.


krew : Assalammualaikum. Adakah saya sedang bercakap dengan apex?

apex : (terkejut dan blur) Waalaikumsalam. Ya saya. Apex bercakap. Ada apa2 yang boleh saya bantu?

krew : hahaha (gelak orang bisnes) Begini apex, saya dari Kunci Patah Production, nak mengajak awak untuk menyertai iklan Power Root yang akan menjalani penggambaran di IKEA esok. So, adakah awak berminat? Kalau tak minat takpe.

apex : Oh. Yeke? Saya kena buat apa? (tak brani nak tanya pasal payment)

krew : Awak akan jadi pak-pacak (extra) je. Awak akan lalu lalang kat belakang konon2 sedang membeli belah. Ajak la lagi ramai kawan2 awak, sbb ramai pak-pacak diperlukan. Payment saya bajet dalam RM35 seorang. So macam mana?

apex : Oh! Ok2. Nanti saya ajak lagi kawan2 saya yang lain. Payment tu dah lebih dari cukup encik. Kalau takde payment pon takpe encik sebab saya pon memang nak bertapak dalam bidang ni. Yang penting orang nampak bakat saya (mentality yang perlu ada dlm diri pelakon baru, lebih mementingkan bakat daripada payment)

krew : Bagus sangat la tu.

apex : Hmmm. Ok2 la. Kalau RM35 saya terima. So, deal ok. Pukul berapa saya patut berada di lokasi esok?

krew : Ok. Awak datang lambat dalam pukul 11pm pun takpe, scene awak kejap je pun. Lagipun awak tak perlu make-up and fitting baju sebab awak kan pak-pacak je (takpayah la jujur sangat encik)

apex : Ok2. Jumpa esok (terus melompat kegirangan selepas panggilan telefon dimatikan)



Cerita ni cerita betol tau. Gua akui la gua masih sampah lagi dalam iklan ni. Tunggu la dalam 5tahun lagi. Mawi dan Rosyam Nor tak boleh cari makan. Slumber je gua tabur pasir dalam periuk nasi diorang (bukan pasir biasa, pasir yang ada taik kucing fresh!)

Gua tak tau la bila iklan Power Root ni akan siap. Dan bila dah siap, ia akan ditanyangkan di RTM1 dan RTM2 (biasa la tu, Syarifah Aini dulu pon jadi cleaner je kat RTM. Pastu Adnan Abu Hassan terdengar beliau nyanyi semasa mencuci toilet sebelah studio rakaman. Then Adnan terus amik beliau jadi recording artis) Bila iklan tu dah ditayangkan, seluruh malaya akan menyaksikan bakat gua. Dan gua jadikan ini sebagai tapak untuk gua untuk memulakan lembaran sebagai anak seni (padahal jadi pak-pacak je kot, over la lu ni pex)


p/s : bila iklan dah siap dan ditayangkan, gua akan inform kat lu orang semua. Bersama la kita menantikan ketibaan nya. Coming Soon! (bajet mcm wayang)





PUISI TAK SEDAR DIRI
karya apex


Selepas iklan ditayangkan,
Semua pengarah2 filem dan drama mula buka mata diorang besar2,
Yang selama ini hanya dibuka kecil2,
Sebab banyak taik mata melekat kat kelopak mata.

Selepas iklan ditayangkan,
Gua akan menjadi popular dan disegani,
Diserbu peminat di shopping complex,
Yang berlari sambil jerit bawa pen dan kertas,
"apex, nak autograf!"

Selepas iklan ditayangkan,
Semua girl2 akan histeria bila melihat gua,
menghampiri gua,
memeluk gua lantas mencium gua.

Selepas iklan ditayangkan,
Para calon ibu2 mertua mula menjejaki gua,
Masing2 mahu anak nya dijodohkan dengan filem star,
Mungkin zaman antara dua darjat ni sudah lama tamat,
Tiada lagi istilah benci pada anak muzik mahupun anak wayang.

Selepas iklan ditayangkan,
apex akan mula melangkah,
melangkah dan terus melangkah.



SELAMAT DATANG KE DALAM INDUSTRI YANG PENUH PANCAROBA INI.








karya agung APEX

9 comments:

  1. pek,yang nie memang cibai~~hhaha..

    nway kudos

    ReplyDelete
  2. hahaha...cibai tok wan kau la...hehehe

    ReplyDelete
  3. poyonyaaa?
    hahahha
    belakon sggh2 pex.
    muka kena potogenik!
    okay?

    ReplyDelete
  4. hahaha....
    potogenik?? ok2...

    eden torai...hahhaa

    ReplyDelete
  5. hahaha, xtra suda.
    bkn maen lagi imaginasi ^^'
    kite same2 extra je. (saje nk downkan)
    beruang dalam kepala.
    *bear in mind*
    hahaha :P

    ReplyDelete
  6. ssshhhtttt...diam la puwt....jgn kantoi kan...

    hahhaa...

    btw, beruang dlm minda la...

    ReplyDelete
  7. wpun ko extra, pastikan muka ko jelas kat tv. at least bleh gak wktu raya kerek sket ngan sedara mara ko smbil mintak orang lain mintak otograf kat ko. hahaha

    ReplyDelete