Friday, August 7, 2009

TUTUP dan CUTI

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Demikian la peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan betapa kedekutnya Uniten untuk memberi cuti kepada student. Sepatutnya, 2 minggu lepas lagi cuti telah diberikan sebagai langkah berjaga jaga. Ini tidak, nak tunggu ada pelajar yang positif H1N1, baru la sebuk nak bagi cuti. (Tapi macam ada something wrong je dengan peribahasa yang gua ungkapkan tadi) Peribahasa yang sebetul betulnya ialah, sudah terhantuk baru nak tergadah. Hish! Uniten...Uniten... Kata menjana profesional, tapi asyik nak kaut keuntungan je, soal kebajikan pelajar lansung tidak dihiraukan. Hmmmm.

**Agak2 kalau gua berdiri dan bercakap macam yang kat atas tu di hadapan warga Uniten, korang nak vote gua sebagai MPP tak? YES! Gua dah agak dah, korang mesti vote gua punya. Terima kasih la, susah susah je. (kepada MPP yang sedang berkhidmat sekarang, jangan la cuak. Chill la bro. Gua takkan rampas jawatan korang der. Walaupun gua layak, tapi gua tak heran la. MPP je kot)

Semua tu tak penting! Yang penting nya sekarang, Uniten dah ditutup sampai 16hb. Yang best nya, test fizik 3 cancel. Waaaaaa~ seronok! Tapi parah jugak naik cuti ni confirm belambak quiz test dan kelas ganti. Waaaaa~ tak seronok balik! Dan gua juga tak dapat tengok dan jumpa Katy Perry gua selama seminggu. Waaaaaaa~ bertambah tak seronok!

Dan cuti sempena dengan cuti ni, gua dah janji dengan D60 gua yang gua nak spend time dengan dia. Kesian dia, dah lama tak dapat belaian dari gua. Yela, gua asik sibuk je manjang. Sampai tak sempat nak luangkan masa kat dia. Cuti ni kita kerja overtime OK.

Yang tersimpulnya, gua amat bersyukur atas tindakkan Uniten menutup kampus selama seminggu, kerana ia adalah untuk kebaikkan bersama. (Tiba2 rasa macam Uniten dekat dihati) Terima Kasih Uniten! Semoga Uniten bebas dari wabak H1N1 dan proses penjanaan profesional akan disambung selepas cuti.

Hmmmm. Its time to pen-off now. Mata gua pon dah kejap kecik, kejap besar. Sorry entry bosan dan pendek. Tak boleh berfikir dengan waras sekarang ni. Gua gerak dulu, papahal roger (ayat biasa digunakan oleh remaja sekarang jikalau mereka nak chow)




Yang Ngantuk,
APEX

No comments:

Post a Comment