Thursday, November 19, 2009

Black Forest!

Hari ini gua kerja shift petang.
Dah takde OT dah.
Cukup la 3 hari direct OT.
Sakit2 badan gua.

Hari ini kerja macam rilex sikit.
Cuma kena panjat2 sikit susun barang kat stor.
Kerja rilex macam mana pun,
Gua mesti nak curi tulang jugak.
Tak tau kenapa.
Mungkin sebab dah terbiasa kot.

Hari ini curi tulang simple je.
Gua mintak pergi toilet.
Tapi memang gua nak pergi buang air kecil pun.
Alang2 menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

Hari ini gua masuk toilet (yang berhampiran dengan kedai gua).
Fuuuhh! Penuh giler babi.
Orang2 semua beratur depan pintu toilet.
Muka masing2 pelik seperti sedang menahan sesuatu keluar dari tempat simpanannya.
Muka gua pun tidak kurang hebatnya.
Tapi nak buat macam mana.
Toilet penuh kot.

Hari ini pundi kencing gua seperti hendak pecah.
Air di dalamnya sudah mula menunjukkan protes untuk keluar.
Air tersebut berkocak kencang lalu menghentam dinding pundi kencing.
Dan ini tanda amaran penghabisan
(final warning, siren pun mula berbunyi, wiuew-wiuew-wiuew)


Hari ini gua dah tak boleh berlengah lagi.
Kelihatan banyak kekosongan di bahagian jamban berdiri
(standing toilet, cuma boleh didapati di toilet lelaki sahaja. harap maklum)

Gua jarang gunakan jamban berdiri tu.
Sebab gua rasa tak bebas di situ.
Dan kawalan keselamatan perlu rapi juga.
Supaya tiada pihak musuh yang berjaya mengintip.

Hari ini gua dah takde pilihan.
Nak tak nak.
Bebas tak bebas.
Kawal tak kawal.
Gua kena lepaskan juga aliran air ini ke tempat yang sepatutnya.
Agar dia pergi dengan tenang.

(dah habis idea untuk start dengan hari ini)

Daripada 5 jamban berdiri yang ada.

Cuma ada 2 kekosongan.
Yang satu sebelah cina.
Yang satu lagi sebelah brader yang kelihatan seperti Melayu.

Gua tak nampak sangat sebab gua melihat dari belakang.
Tapi brader tu sedang memakai topi yang selalu chef pakai tu.
Gua pun lantas menuju ke sebelah brader tadi tu.
Sebab gua yakin yang brader ni memang chef.
Mesti dia seorang yang mementingkan kebersihan.

Gua pun segera melepaskan aliran yang sudah lama ditahan.
Air mengalir begitu deras.
Bagai empangan jana kuasa turbin yang baru dilepaskan.
Dan gua terkejut kerana dibahagian dalam jamban berdiri tu,
Ada satu gambar kepala lembu dengan tanduk yang panjang.
Dibawahnya ada tulisan, "shoot the bull"
WTFun! (dia ingat ni adegan tembak menembak ke?)

Air masih mengalir.
(ish...lamanya *monolog dalaman*)
Keadaan yang agak lama menimbulkan rasa bosan dalam diri gua.
Gua mula menoleh ke kiri dan ke kanan.
Sebelah kiri gua sudah kosong.
Sebalah kanan pulak masih brader chef tu.
(ish...boleh tahan jugak brader ni. nak lawan siapa paling lama ke? *monolog dalaman lagi*)

Gua tengok je brader tu.
Dia pun ada curi2 tengok gua gak.
Gua tengok dia start dari bahagian topi chef dia tu.
Dan bawah sikit nampak muka dia (takde la handsome mana)
Bawah lagi nampak baju dia (baju warna putih bersih, memang betol chef ni)
Next nampak seluar dia pulak (seluar slack, bucu seluar dia tajam, pandai dia gosok seluar)
Bawah sekali kasut kulit dia (memang berkilat kaw2)
Mungkin betul ramalan gua.
Brader ni memang sesuai jadi chef.
Kemas, bergaya dan pembersih.

Tiba2 terdetik hati gua.
(*atas dah tengok. bawah dah tengok. tengah belum lagi la. nak tengok jap laaa*)

Mula2 macam rasa tak sedap hati nak tengok.
Tapi sebab bosan takde nak buat masa tu.
Tengok je la.

Sepintas lalu gua tengok.
Dan macam2 gua nampak.
Kalau korang tengok.
Boleh demam seminggu kot.

Dia punya black forest memang giler babi.
Gua rasa kalau gua check,
Mungkin banyak habitat yang gua jumpa.
Agak2 la kalau nak black forest pon.
Ini siap ada yang terkeluar keluar dari seluar (berbelit lidah nak sebut)

Dia dah tau jamban berdiri tu takde dinding.
Jadi dia kena la kuat kuasakan kawalan yang ketat.
Tapi dia cuma menembak dari jarak jauh.
Macam memang nak kasi gua tengok je.
Gua tak tau la kalau dia saje2 nak belanja gua ke apa.
Tapi kalau black forest macam ni.
Siapa2 pun tak ingin walaupun kena belanja.

Lepas nampak je semua benda tu.
Terus gua tarik balik kata pujian gua kepada dia sebentar tadi.
Pembersih apa kalau macam tu.
Dan gua rasa, bos dia tak patut bagi satu topi chef kat dia.
(yela, tujuan topi tu adalah untuk mengelakkan rambut dia masuk ke dalam masakkan)

Sebab dalam kes dia ni.
Bos dia patut bagi dua topi kat dia.
Satu pakai kat atas.
Satu pakai kat bawah.
Baru la segala jenis rambut confirm tak masuk.

So, kepada bos2 kedai makan.
Take note!



Yang Geli Geleman,
APEX si GUAVA

Wednesday, November 18, 2009

Curi Tulang - Part II

Fuuh! Masuk hari ini, dah 3 hari gua kerja lebih masa atau istilah yang popular dikalangan orang bekerjaya macam gua ni guna ialah Over Time, atau hanya menyebut OT untuk lebih menampakkan stylo. (contoh ayat : aduuuuh! gua tak dapat datang la majlis pertunangan nenek lu ujung minggu ni sebab gua kena buat OT). Haaaaa! Stylo kan?

Biasa lah, kalau dah buat OT, confirm penat la kan? Mana tak nya, start membanting tulang dari pukul 9.45am, sampai la pukul 10pm. Tapi kena paham betul2 di sini ye! Kerja gua bukan la gua amik tulang sendiri, then banting kat dinding! Bukan la macam tu. Jangan la lurus bendol sangat awak! Kerja gua, gua kena kira dan susun semua stok-stok barang yang ada kat dalam stor tu. Stor kalau kecik takpe, ini tak! Dua bijik bas Rapid KL pun boleh parking dalam tu. Nak reverse parking pun boleh. Sumpah penat wei!

Gua kalau dah penat, tambahan pulak perangai Bos yang amat menguji ketahanan fizikal, mental dan psikologi, gua pun mula la usya-usya line nak mencuri tulang. Dah penat banting, kita curi pulak tulang tu. Kesian tulang! (takpe, nanti kita celebrate hari tulang sedunia kat klcc eh? *ambil hati si tulang*)

Gua dah jumpa satu kaedah terbaru nak curi tulang. Benda ni tak nampak macam curi tulang. Tapi nampak cool. Macam ni, kat kedai gua tu ada satu bahagian di mana barang2 untuk permainan golf dijual. Ia terletak di bahagian belakang kedai (port baik kaw2) yang boleh membuatkan gua lenyap dari pandangan Bos Durjana! Gua pun agak kamcing dengan brader yang jaga bahagian golf tu. Gua amat berbesar hati apabila brader tu pun sudi memberi perlindungan sementara kepada gua.

Lepak kat tempat golf tu best la jugak. Banyak benda yang gua belajar pasal golf. Sebenarnya, takde la susah sangat main golf ni. Main konda-kondi lagi susah kot. Patut la Tiger Wood senang2 je jadi power. Cuba suruh Tiger Wood main konda-kondi la, tengok dia boleh power ke tak? Confirm tak la!

Gua cakap golf ni senang sebab kalau kita tengok kat TV, selalunya kat drama2 melayu, kan selalu ada adegan Dato' dan rakan kongsinya main golf. Diorang pukul bola entah ke mana2, then naik kereta golf yang comel tu, then mula sembang pasal bisnes juta2 (biasalah, cerita melayu, mana nak kalah kan. penah tengok ke Dato' cerita bisnes juta2 sambil main teng-teng?) (ataupun, diorang main golf, tapi sembang pasal projek pembersihan longkang balai raya yang cuma menelan belanja RM30). Mesti tak punya! Golf dan juta2 mesti hadir pada masa yang sama. Ehhh? Apasal gua tiba2 bersifat offensive terhadap golf ni?

Kesimpulannya, golf sebenarnya adalah sukan yang baik. Ia merlukan tumpuan dan strategy yang rapi. Ia bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan menggunakannya ke arah yang positif. Kalau macam gua, gua gunakan golf untuk mencuri tulang. Positif ke tu? Renung2 kan lah, gua tinggal kan gambar gaya gua main golf kat kedai gua untuk tatapan korang. Mana tau, suatu hari nanti gua dapat bapak mentua Dato' yang kaki golf, layan jela. Tapi walau apa2 pun, gua confirm dapat bapak mentua DatuK, iaitu DatuK kepada anak gua nanti.









The bones had stolen by,
APEX WOOOOD

Saturday, November 14, 2009

MKB!

HAAAAAACHUUUUUMM!

Errrrr? Berhabuk kaw2 blog gua ni. Dah lama tak bukak kot. Tapi oleh sebab melayan permintaan seorang gadis yang katanya, "I m your loyal reader!", Dan kalau dia rasa blog gua ni boleh buat dia bahagia, gua tunaikan je la permintaan dia tu. Itu yang dia nak selama ni kan. Tarahal. (ayat tawakal)


Sejak Jumaat lepas (13November), genap lah 3 minggu gua bergelar Pencari Nafkah yang tabah. Gua saje je nak kerja part time sebab nak cari pengalaman dan untuk cuba sendiri bagaimana keperitan dan pahit maung orang bekerja mencari nafkah. Memang serik untuk mencari nafkah sebenarnya. Kalau dulu, gua selalu habiskan duit tanpa mengira bagaimana susahnya duit itu diperolehi. Dan sekarang, gua sedar bagaimana susahnya untuk mencari duit dan lebih menghargai duit. Eh, ni apahal ayat tiba2 tacing ni? DUHH! Pergi chill balik!

(dah chill belum? dah? ok, sambung balik!)

Kalau korang nak tau, gua sedang bekerja di sebuah kedai sukan di Mid Valley Megamall. Dan nama kedai yang bertuah sebab dapat pekerja terbaik macam gua tu ialah Kedai ROYAL SPORTING HOUSE. Nama singkatan RSH je. Tapi gua ada nama singkatan lain yang gua reka sendiri untuk kedai gua ni. Ia berbunyi MKB. Nak tau apa maksud nya? Haaaa. Ni la tajuk post gua kali ni. MKB! (sila rujuk tajuk di atas)

MKB ditafsirkan sebagai MAJIKAN KUKU BESI! (dengan nada memberontak)
Sekali lagi, MAJIKAN KUKU BESI! (dengan nada yang masih memberontak)

Nak tau sebab apa?
Sebab perangai Bos (bajet bos besar) gua yang tersangat lah annoyying! Memang gua akui, gua bekerja under dia dan gua tau dia Bos gua. Tapi jangan la sampai tak respek pekerja sendiri. Kalau dia nak gua respek dia, dia kena lah respek pekerja2 dia dulu. Ini tak! Dia buat gua macam kuli batak dia. Dia suka sangat mengarah orang. Senang cerita dia ni tak boleh tengok orang senang sikit la. Ishhh! Malas la gua nak cerita pasal perempuan tu banyak2. Makin difikir, boleh lemah pundi kencing gua? (jangan cakap takde kaitan, ada laaaa)

Setiap hari gua datang kerja, nampak je muka dia, terus hancur dan luluh mood mencari nafkah yang gua pasang siap2 dari rumah lagi. Itu sebab jiwa dalaman gua ni selalu memberontak! Gua malas je nak tunjuk siapa gua yang sebenar. Dia ingat gua nak berdiam diri je ke? Tapi selama ni memang gua memberontak, tapi memberontak dalam hati je la. Kira OK la tu kan, memberontak jugak tu kan. Tapi gua takkan biarkan MKB tu bahagia macam tu je setelah dia buat gua sengsara sebegini rupa. Gua mesti nak balas dendam balik! Balas tetap balas bro! Gua selamber je mencuri kat kat kedai MKB tu. Tapi bukan mencuri baju atau kasut la. Confirm sensor berbunyi nanti. Kan gua ni lelaki bijak, macho dan berwawasan, gua curi benda yang sensor tak boleh kesan. Senang je, gua curi tulang la. Padan muka MKB tu. Rasakan amukan dari APEX! - BOOM! BOOM BOOM! (sound effect sambil suasana menjadi kabur kerana asap tebal dari hasil letupan)

Berikut cara2 gua mencuri tulang di kedai MKB :

1 . Macam ponteng kat sekolah, buat2 pergi tandas (ni la sebab gua pundi kencing jadi lemah, kalau meluat tengok bos je pergi tandas. Kan ada kaitan dengan yang atas tu kan). Pergi tandas betul2 rambut sikit, usik2 air sikit dan buang2 air sikit. Keluar balik, dan menuju ke topman. Biasa lah, window2 shopping dowh (siap try2 baju kat fitting room topman lagi). Nak beli, gaji tak masuk lagi. Pastu, masa dalam proses mencuri tu, gua ternampak sebatang kerusi panjang. Perrghhh! Betul2 menguji kesabaran dowh. Yela, gua kerja 6jam tak boleh duduk lansung kot. Bila nampak kerusi panjang tu, memang gua melekat kat situ 5minit la. Bukan apa, nak kendur kan otot2 dan urat2 yang tegang sebelum menyambung perjalanan balik ke kedai MKB. Cukup2 la tu, ada cara lain lagi untuk mencuri tulang.

2. Kat belakang kedai, ada stor simpanan. Kalau alang2 ada customer nak suruh gua ambil kasut kat stor, gua memang suka giler la. Yela, mana tak nya. Masa ni pon boleh mencuri tulang jugak. Gua memang dah tau kasut tu ada terletak kat rak bahagian atas, tapi gua saje start dengan row paling bawah sekali. Sebab kalau start dengan row bawah, boleh duduk jap. Tapi mata kena alert dari cctv sebab takut kantoi busuk. Tapi kalau dah lama sangat, Bos gua mula la masuk stor cari gua. "Apexxxxxxxx...mana kau? customer ni dah bising nak kasut. Jumpa ke tak?" Gua bingkas bangun, dan terus pandang row atas (buat macam baru jumpa kasut tu). Dengan cool, balas balik, "Errrr... Dah2, dah jumpa dah. Kejap," (keluar stor sambil buat2 kesat tangan konon2 nya baru lepas panjat rak tinggi yang berhabuk)

3. Kalau kena housekeeping (seperti mop lantai, sapu sampah, lap cermin, buang sampah)

- MOP LANTAI : Biasanya, Bos gua akan bising2 suruh tukar air mop, tapi gua malas nak pergi tukar air sebab toilet jauh giler. Gua guna je air yang sedia ada kat mop tu. Asalkan mop tu macam lembab2 sikit, ok la tu. Ada sekali tu, mop tu kering. Tapi depan bos, buat muka cool je la mop dengan mop kering tu.

- SAPU SAMPAH : Dekat kedai MKB tu, ada banyak rak2 kasut. So, kalau menyapu, pura2 je bawak penyodok. Tapi semua sampah gua buang bawah rak. Lagipun, sapu ala kadar sudah. Bukan nak tidur atas lantai tu pon kan.

- LAP CERMIN : Fitting room kat kedai MKB tu ada dua, dalam setiap fitting room tu ada sebuah cermin besar. Gua bawak kain dan penyembur cermin masuk dalam fitting room tu dan kunci pintu. Lepas 5minit, keluar dan masuk ke fitting room yang berikutnya. 5minit = satu cermin? OK la tu kan. Tapi kenapa kena kunci pintu? Haaaaa! Lu pikir la sendiri.

- BUANG SAMPAH : Ni benda paling simple la. Buang sampah kat tingkat bawah. So, lagi senang la nak merewang2. Cuma, malu sikit la nak jalan2 sebab kalau buang sampah kena bawak troley (takkan nak heret troley sampah pergi masuk topman kot).


Haaaaa!! Begitulah kegiatan gua kalau dah meluat sangat tengok muka Bos gua tu. Tapi dia kadang2 macam perasaan gua tak berapa nak layan dia macam gua layan pekerja2 lain. So, kadang2 dia ada cuba nak gurau2 dengan gua. Ooopsss! Sorry la bro. "Once lu dah buat taik kat gua, takkan gua nak layan lu macam cup cakes pulak kan". Lu kan dah besar, dah pandai fikir benda baik buruk. Tapi kalau lu masih rasa perangai lu tu baik untuk kemajuann syarikat, lu teruskan la. Gua kerja sampai hujung bulan ni je. Tak sabar nak MERDEKA!

MERDEKA dari cengkaman MKB iaitu,
sekali lagi kita laungkan bersama2!

"MAJIKAN KUKU BESI"



Yang Mahu Merdeka,
APEX oh APEX

Monday, September 7, 2009

Sketsa Ramadhan!

Diam tak diam.

Diam tak diam .

Dah 17 hari kita sebagai umat islam telah menjalani ibadah puasa.

Bagaimana dengan tahap amalan kita

apabila melepasi pertengahan ramadhan ni?


Jikalau berdayung, harus dilajukan dayungan.

Jikalau berkayuh, harus dipercepatkan kayuhan.

Jikalau berjalan, harus dipanjangkan langkahan

Begitulah kita harus memperbanyakkan amalan

Sebelum ramadhan meninggalkan kita.


Gua berpesan kepada diri gua.

Gua berpesan kepada kalian semua.

Marilah kita bersama.

Meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Perbanyakkan la 3 perkara ini di bulan ramadhan yang mulia ini.

Pertama, amalan sunat.

Kedua, baca Al-quran.

Ketiga, zikrullah.


Dengan mengamalkan 3 perkara ini.

Nescaya kita akan keluar dari bulan ramadhan ni.

Dengan penuh kejayaan.

Insyallah.


Demikianlah tazkirah ringkas oleh

Yang berbahagia Al Fadhil Ustaz Shahriman.

Imam besar kuala pilah.



Mood : pendakwah berjaya


_____________________________________________________________

chill jap sambil tukar mood.

_____________________________________________________________



Mood : Chill sudah


Memandangkan Hari Lebaran bakal tiba tidak lama lagi.

Selepas bulan ramadhan meninggalkan kita.

Ramai orang sudah mula membuat persiapan.

Untuk menyambut hari kemenangan umat Islam itu.

Keluarga gua tidak terkecuali.


Semalam.

Gua, Mama dan Babah pergi membeli belah di jalan TAR.

Keadaan orang2 disana sungguh padat.

Ibarat Cakera padat yang disumbat sepadat padatnya dalam sebuah kotak.

Gua bukan shopping sakan sangat pon.

Gua cuma nak cari baju melayu teluk belanga.

Tiba2 tahun ni rasa nak jadi macam orang Johor pulak.

Gua masuk semua kedai yang ada jual baju melayu.


Masa nak beli baju melayu tu.

Gua saje je nak test vocabulary brader tu.

Gua tanya la dia macam ni.

“Bang, baju melayu Belanga Bay ada tak?”

Brader tu pon menjawab tanpa segan silu.

“Aik, setahu abang Danga Bay ada la yang kat JB tu hah. Belanga bay belum ada lagi.”

Gua dah gelak berdekah dekah dalam hati.

Nasib baik puasa.

Kalau tak dah lama gua gelak guling2 depan brader tu.

At last, dapat juga baju melayu Belanga Bay warna coklat.

Awwwwwwwww~

(kepada bakal2 mak mentua yang ingin mendapatkan gambar gua berbaju melayu teluk belanga, jangan lepaskan peluang untuk datang beraya di rumah gua. Ini satu pelaburan yang berbaloi. Jangan ketinggalan)


Lepas dapat baju melayu Teluk Belanga tu.

Gua rasa cam penat giler berjalan dan haus.

Tetiba ternampak 7eleven kat sebelah kanan gua.

Dan dan je ada 7eleven sebelah tu.

Gua pun berdiri depan pintu cermin 7eleven tu.

Buat2 betulkan rambut dan telan air liur.

Tu je la yang termampu gua buat masa tu.


Mama dan Babah ntah mana menghilang masa tu.

Masing2 mencari keperluan masing2 kot.

Gua buat keputusan untuk berjalan ke carpark.

Dan bercadang tunggu Mama dan Babah disana.


Tidak jauh dari carpark itu.

Gua nampak ada seorang polis trafik.

Sedang menjaga lalu lintas dibawah sinaran mentari.

Hati gua terdetik.

Tit…tit…tit…tit.. (bunyi berdetik. Jangan fikir bukan2. kurang pahala puasa)


Segak sunguh beliau beruniform lengkap.

Dengan motosikal Honda berkuasa 750cc,

Berkaca mata hitam.

Tegap sasa bangun tubuhnya.

Beliau sanggup berkhidmat untuk negara walau apa jua keadaan.

(macam ada lagu rock kapak ni, gua tak tau apa nama band dia. It sounds “berpanas hujan berembun, tak pernah ku hiraukan….oooo”)

Dan bagi gua sikap polis itu sangat cool.

Untuk dicontohi oleh remaja masa kini.


Dekat carpark gua parking kereta tu ada satu pondok pengawal.

Tiba2 polis trafik yang gua perhatikan tadi tu turun dari motosikal.

Dan menuju ke pondok berkenaan.

Kebetulan gua pon sedang berjalan ke sana.

Untuk mendapatkan tempat redup di bawah pondok tersebut.


Polis trafik tadi dan beberapa orang di pondok itu sedang rancak berbual.

Gua rasa macam segan pulak nak lepak kat sana.

Tapi sebab matahari terik.

Gua tekad nak lepak bawah pondok tu.


Kerancakkan polis trafik itu berbual seakan terganggu.

Dengan kehadiran gua.

Gua macam dah nampak sesuatu.

Tapi malas nak tuduh2 bulan puasa ni.

Polis trafik tu macam nak cover2.


Dia tak tau yang gua dah nampak di tangannya ada seputung rokok.

Gua tengok je dia.

Dia masih nak cover2.

Dia macam nak tahan nafas untuk elak gua nampak asap keluar dari mulutnya.

Gua nak tengok berapa panjang nafas dia.

Tanpa dia sedari asap terkeluar juga dari hidungnya.

Gua dah start nak gelak.

Makin banyak asap terkeluar.

So, gua rasa dia cam dah surrender.

Dia hembus je asap tu keluar.

Ambik kau. Berkepul kepul asap dia.

Time tu dia dah takde nak cover2 lagi kot.

Alang2 dah kantoi.

Tapi gua rasa dia takde la malu sangat.

Maybe sebab muka gua macam orang UK sikit.

So, dia macam relax je la.


Dan perkara pertama yang gua nak buat lepas nampak kejadian tu ialah.

Gua nak tarik balik segala pujian2 yang telah gua lemparkan.

Terhadap polis trafik yang sungguh memalukan itu.


Ehhh. Baru gua teringat!!


Ada satu lagi kes dalam hari yang sama.

Ni masa gua hantar alter jeans kat pertama complex.

Lepas jeans dah siap dialter, gua pon nak try dulu jeans tu.

Brader kedai tu suruh try kat dalam bilik.

Kat Bahagian belakang kedai dia.

Nak kata fitting room, bukan.

Ia lebih kepada stor kot.

Gua tengok takde orang.

Gua pon terus bukak seluar.

Tiba2 ada orang kat penjuru bilik tu.

Terus melatah gua, “oh…pantun!”

Gua tengok betul2 ada seorang pakcik.

Rambut dah beruban dan dah separuh umur kot.


Yang best nya, dia tengah hisap rokok.

Gua dengan seluar separuh terdedah cuba buat muka cool.

Pakcik tu yang tegur gua dulu.

Dia kata, “takpe dik, tukar je seluar. Acik tak tengok”

Gua pon cakap, “tarahal pakcik.”

Tapi yang gua tak tahan ayat last dia,

“sory ye dik, acik hisap rokok.”

WTFun~


Kepada yang terasa tu.

Gua mintak maap banyak2.

Gua bukan nak mempersendakan siapa2.

Cuma nak jadikan contoh sebagai sempadan je.

Harap kita boleh sama2 renungkan.





PEACE NO WAR!

APEX

Friday, August 7, 2009

TUTUP dan CUTI

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Demikian la peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan betapa kedekutnya Uniten untuk memberi cuti kepada student. Sepatutnya, 2 minggu lepas lagi cuti telah diberikan sebagai langkah berjaga jaga. Ini tidak, nak tunggu ada pelajar yang positif H1N1, baru la sebuk nak bagi cuti. (Tapi macam ada something wrong je dengan peribahasa yang gua ungkapkan tadi) Peribahasa yang sebetul betulnya ialah, sudah terhantuk baru nak tergadah. Hish! Uniten...Uniten... Kata menjana profesional, tapi asyik nak kaut keuntungan je, soal kebajikan pelajar lansung tidak dihiraukan. Hmmmm.

**Agak2 kalau gua berdiri dan bercakap macam yang kat atas tu di hadapan warga Uniten, korang nak vote gua sebagai MPP tak? YES! Gua dah agak dah, korang mesti vote gua punya. Terima kasih la, susah susah je. (kepada MPP yang sedang berkhidmat sekarang, jangan la cuak. Chill la bro. Gua takkan rampas jawatan korang der. Walaupun gua layak, tapi gua tak heran la. MPP je kot)

Semua tu tak penting! Yang penting nya sekarang, Uniten dah ditutup sampai 16hb. Yang best nya, test fizik 3 cancel. Waaaaaa~ seronok! Tapi parah jugak naik cuti ni confirm belambak quiz test dan kelas ganti. Waaaaa~ tak seronok balik! Dan gua juga tak dapat tengok dan jumpa Katy Perry gua selama seminggu. Waaaaaaa~ bertambah tak seronok!

Dan cuti sempena dengan cuti ni, gua dah janji dengan D60 gua yang gua nak spend time dengan dia. Kesian dia, dah lama tak dapat belaian dari gua. Yela, gua asik sibuk je manjang. Sampai tak sempat nak luangkan masa kat dia. Cuti ni kita kerja overtime OK.

Yang tersimpulnya, gua amat bersyukur atas tindakkan Uniten menutup kampus selama seminggu, kerana ia adalah untuk kebaikkan bersama. (Tiba2 rasa macam Uniten dekat dihati) Terima Kasih Uniten! Semoga Uniten bebas dari wabak H1N1 dan proses penjanaan profesional akan disambung selepas cuti.

Hmmmm. Its time to pen-off now. Mata gua pon dah kejap kecik, kejap besar. Sorry entry bosan dan pendek. Tak boleh berfikir dengan waras sekarang ni. Gua gerak dulu, papahal roger (ayat biasa digunakan oleh remaja sekarang jikalau mereka nak chow)




Yang Ngantuk,
APEX

Wednesday, July 15, 2009

KEMBANG!

Assalammualaikum semua. Akhirnya, dapat jugak gua mencari masa sesuai untuk mengisi ruang untuk new post ni. Rasa macam malas la pulak nak update blog lately. Tapi gua selalu jugak baca blog member2 gua, lepas baca gua ada rasa jeles sikit dengan new entry diorang yang bertali arus. Namun, perasaan jeles sahaja tidak cukup untuk membakar semangat gua untuk duduk menghadap laptop berjam jam demi sesuap new entry. Demi memenuhi permintaan peminat2, gua gagahkan jugak diri gua untuk membuat new entry. Awwwww~ (mak terharu nyah)

Gua takde cerita yang best la untuk di share kali ni. Tapi, gua nak try rungkai satu permasalahan yang selama ni membelenggu kepala gua. Gua yakin betol, korang pun penah dengar benda ni. Tapi korang kan pemalas, malas nak fikir benda2 remeh ni. Dan hari ni, biar gua tolong rungkaikan untuk korang.


Permasalahan nya berbunyi seperti ni :

BILA ORANG PUJI KITA, KITA AKAN BANGGA. DAN BILA KITA BANGGA, ORANG AKAN CAKAP KITA KEMBANG BONTOT SAMPAI KOYAK SELUAR.

Bunyi macam bodoh je kan? Tapi ini la benda yang selalu orang ungkapkan kepada kita. Namun, kita sedikit pun takde usaha untuk menyangkal tuduhan membabi buta yang dilemparkan kepada kita (Malah kita akan terus berbangga sambil membiarkan bontot kita membesar seperti bunga raya yang sedang mekar di taman larangan). Normal la kalau bangga bila dipuji kan?

Kalau korang nak tau, gua minat kat Sharifah Amani. Dia comel dan sungguh mengasyikkan.Tapi dia tu skinny sangat la. Kalau badan dia berisi sikit, sure dia hot macam Megan Fox (Lisa Surihani pun ok kot) Sekarang, gua nak mintak tolong 2 perkara kat korang :

1. Tolong la beri pujian melambung kat Sharifah Amani tu. Biar bontot dia berisi sikit. Baru sedap mata memandang. Pandai2 la korang bajet untuk beri pujian secukup rasa. Kang kalau terlebih puji, berlebih pulak bontot dia (kang tak pasal2 pulak dia kena upah 3 orang untuk tolong pikul bontot dia semasa shopping barang dapur di carrefour). And, jangan la korang puji dia masa dia tengah jalan di Red Carpet Anugerah Bintang Popular (kang rosak pulak dress ketat berlabuchi tajaan Kedai Jahit Mubarak Enterprise).

2. Tolong la jangan puji Sharifah Aini. Gua highlight kan sekali lagi. Tolong jangan puji Sharifah Aini. Even, menyimpan niat untuk memuji pon jangan. Gua bukan apa, korang tau la macam mana bentuk muka bumi dia kan? So, sebelum nasi menjadi bubur, better jangan. Yela, kalau Sharifah Amani pun kena upah 3 0rang untuk pikul, Sharifah Aini barangkali memerlukan 3 bas orang (bukan bas biasa, tapi bas dua tingkat tu).


gambar sekadar hiasan



p/s : Dear Kak Pah, tolong la jangan saman saya jika Kak Pah ada terbaca cebisan karya saya ini. Saya orang susah, tak mampu nak upah peguam untuk bela saya di mahkamah. Tambahan pula keadaan ekonomi negara semakin meleset, duit Mara pula sudah dibekukan. Saya tidak berniat untuk apa2, just untuk mengisi masa lapang saja. Dan ini lebih elok dari saya menjadi mat rempit sejati. Tolong jangan banned blog saya. Saya sayang Kak Pah! Awwwww~



Gua rasa baik gua pen-off sekarang, sebab makin banyak gua tulis, makin banyak Sharifah yang disebut, dan makin banyak orang yang diupah untuk memikul. Dan maaf sekali lagi dipinta.

Hingga bertemu di next post. Semoga terubat rindu korang kat gua. hahaha (gelak angkuh)




released by :
APEX

Monday, June 15, 2009

13th JUNE again??

13th June, ia datang lagi. Tak semena-mena ia datang dalam hidup gua. Gua pon tak tau kenapa ia kerap datang dalam hidup gua. Siapa orang yang daripada dulu dah letak 13th June ni dalam memory gua? Orang tu seolah-olah berbisik di sebelah telinga gua dengan menyebut 13th June (berulang-ulang kali dengan nada annoying) sejak 20 tahun yang lalu. Orang tu dah takde kerja lain ke? Takkan dia sanggup makan gaji dengan hanya membisikkan 13th June tu kat telinga gua demi menanggung anak bini di rumah. Siapa pulak yang bayar gaji dia? Dan sampai sekarang gua tak boleh lupakan tarikh keramat tu.

Daripada tarikh tu sendiri, gua dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang hebat telah berlaku pada tarikh tu. Gua sendiri pon terfikir-fikir, apakah perkara hebat tu? Mari kita teka sama-sama apakah perkara hebat tu agaknya?

Tekaan Pertama : Saya Murthi, saya bangla juga mari. Hati kecil saya kuat ada cakap pada haribulan terbabit, itu doraemon tercekik makan kuih dorayaki.

Tekaan Kedua : Saya Razak dari Kampung Bidan Bergetah. Bekerja sebagai gembala penyu. Pada pendapat saya, tarikh itu lah Jamal Abdillah mula masuk jawi (berkhatan).

Tekaan Ketiga : I m Jaseng frong Pasir Mah Kelate. I tink, ong thak dake, Jengs Bong gih the infomasyengs to Sarjeng Misa abauk the bek niuh. (I m Jason from Pasir Mas Kelantan. I think, on that date, James Bond give the informations to Sarjan Misai about the bad news)

Ahhh.. Semua tekaan tak boleh pakai. Yang sebenarnya, 13th June itu la lahirnya seorang manusia macho bernama Shahriman.

HAAAAAAA.... Sebenarnya, 13th June tu besday gua. Alhamdulilah, dah genap 20 tahun gua tahun ni. Gua masih diberi nikmat Islam, nikmat hidup di muka bumi Allah S.W.T ni disamping orang tersayang. Syukur sangat-sangat.

Sambutan tahun ni pun ala kadar je. Bukan ala kadar, takde sambutan kot. Takde kek, hadiah mahupun lilin 20 batang. Agak sedih. Tapi nak buat macam mana. Macam ni pon gua dah bersyukur giler. Atleast family dan rakan2 sentiasa ada dekat di hati. Ramai jugak yang sempat wish besday gua tahun ni. Gua ada buat list senarai pengwish by order dan cara diorang mengwish.

1. Syira Kodai (scandal) - dia call tepat 12am, then terus nyanyi lagu hepi besday
2. Cipuwt (nadia yunus) - anta mesej kat number maxis
3. Haziq (roomate) - anta mesej kat number maxis
4. Zahidah (beloved school girl) - anta mesej kat number maxis
5. Abang Aie (abang kandungku) - anta mesej kat number celcom
6. Hafa (scandal) - anta mesej kat number maxis
7. Baby (permata) - dia call gua, then gua call dia balik untuk manfaatkan free call gua
8. Dekwan (blookar) - anta mesej kat number maxis
9. Dib (awek butang) - anta komen MS
10. Enna (scandal) - anta komen MS
11. Abul Athif (hero intan) - anta mesej kat number maxis
12. Jaja (siti hajar) - anta mesej kat number maxis
13. Farid (manager blookar) - anta komen MS
14. Elia (ex-schoolmate) - anta mesej kat number celcom
15. Farahlee (sape tah) - anta komen MS
16. Rutet (metc trainee) - anta komen MS
17. Khalid (sodox) - anta mesej kat number celcom
18. Kak Zura (kak iparku) - anta mesej kat number celcom
19. Haziq (LEI) - anta mesej kat number maxis, siap buat blog entry utk gua. TQ
20. Esah (ukm) - gua call dia, then dia terus nyanyi hepi besday.
21. Mama & Babah (lovely parents) - diorang terlupa, tu yang lambat wish! Its OK
22. Dya Izyan (uia kuantan) - anta komen FB
23. Acan (ex-schoolmate) - anta komen FB
23. Asma (LEI) - anta mesej kat number maxis
24. Edd (syaza) - anta mesej kat number maxis at 11.56pm, nasib baik sempat.

Ni yang wish jugak, tapi agak lambat sikit. Dah terlajak 13th June pon boleh wish jugak kan.

1. Badut (anak misai) - MS
2. Mok (basist blookar) - MS
3. Apend (ex-schoolmate) - MS
4. Amad (drummer blookar) - MS
5. Jaki (metc trainee) - FS
6. Gieda (sape tah) - FS
7. Adlil Raidah (anak buah) - Wish gua masa gua melangkah masuk ke rumah dia.
7. Cokelat (sape tah) - FS
8. Farahin (ex-schoolmate) - MS


Gua rasa macam ada yang tertinggal. Namun, kepada siapa2 yang gua tak sempat nak list kan, jangan la ambik hati OK (ambik la benda lain, jantung ke, paru2 ke, tali pusat ke) Sebab terlampau ramai yang wish dan mungkin ada yang gua terlepas pandang. Jangan risau, tahun depan ada lagi. Kalau boleh, buat la satu kelainan masa mengwish tu supaya gua akan kenang sampai bila2 (contoh : try wish besday kat gua pakai isyarat asap)

Dan kepada yang telah mengwish, tak kira la pakai call ke, anta mesej kat handphone ke, anta komen kat MS/FS/FB ke, anta surat pakai burung pipit ke, pakai isyarat asap ke,

Gua amat ber terima kasih kepada anda semua. Doakan gua semoga panjang umur dan dimurahkan rezki (mana tau lepas ni gua boleh beli teh o ais dengan harga RM0.20, murah rezki la tu kan?) dan berjaya dalam hidup di dunia yang sementara ni, mahupun di akhirat yang kekal abadi. Hope that our friendship would last forever.








besday boy,
APEX

Saturday, June 6, 2009

Bas Pendek, Bas Panjang, Tergolek, Terlanj**g

JUMAAT, 5.6.2009: Uniten, Kampus Bangi, Selangor, Malaysia, Asia Tenggara, Benua Asia, Bumi, Orbit ke-3 dari Matahari, Galaksi, Alam Semesta (penat pulak nak bagi details, padahal nak cerita benda kat Uniten je)


Straight to the point la.
Semalam, gua ada final exam kat library Uniten, Kampus Bangi, Selangor... (rujuk atas)
Exam start pukul 8am dan tamat pada pukul 9am.
Sejam je, tapi gua hanya jawab 45minit sahaja.
(lu orang ni suka sangat puji gua pandai kan, malu la gua)
Gua keluar awal bukan sebab gua cepat siap pon.
Sebab dah kehabisan idea untuk diluahkan dalam kertas jawapan.
(nyesal tak bawak idea banyak2 sebelum masuk exam hall)
Tapi gua tidak keseorangan.
Rupanya ramai gak yang kehabisan idea time tu.
(diorang pon nyesal tak bawak idea banyak2)
Lepas keluar dari exam hall, gua chill.
Lupakan semua yang dah berlaku.
Bak kata pepatah, buang yang keruh, amik yang klorin.
Gua pon terus memandu balik ke kamar.

Semasa gua sedang memandu.
Graf Fokus Vs Masa gua mula menurun.
Ini kerana ada sesuatu yang pelik di kawasan berhampiran library.
(lu orang penah dengar teka-teki ni tak? Kalau harimau naik motor, manusia naik apa? Jawapan : manusia naik hairan)
Gua naik hairan kejap time tu.
Tapi takde pulak nampak harimau naik moto.
Ahhh.. Lupakan la teka-teki bodoh tu.
Gua nak cakap pasal kehairanan gua ni.
Kat kawasan library tu tempat pengumpulan bas2 Uniten.
Bas pendek ada, bas panjang pon ada.
(satu lagi, penah dengar lagu ni tak? Bas pendek, bas panjang, tergolek, terlanjang. Rasa bodoh pulak kecik2 dulu gua selalu nyanyi lagu ni)

Dalam banyak2 bas pendek kat situ, gua ada terperasan.
Ada satu Bas Pendek Baru (BPB).
Baru keluar kedai kot.
Smart da comel giler BPB tu.
Gua terus parking kat sebelah BPB tu.
Keluar dari kereta, dan berdiri menghadap BPB tu.
Gua tenung bas tu sambil menarik nafas panjang.
(hmmmmmm, comel sungguh BPB ni)
Akhirnya, Uniten guna jugak duit gua yang selama ni bayar yuran bas.
Dan gua amat berpuas hati dengan hasil nya.

Oleh kerana terlampau teruja dengan BPB Uniten.
Gua sempat Snap pic BPB tu.
(sebelum tidur, tengok dulu pic BPB tu)
Mari kita amati keindahan BPB ni.

















Comel giler kan?

ADVANTAGES of BPB
- aircond dia sure sejuk kaw2 (kena standby sweater dan glove kot)
- mesti laju giler (kalau kelas pkul 9, boleh bangun 8.59)
- langsir lawa (boleh menaikan semangat untuk pergi ke kelas)
- tempat duduk empuk (dapat merehat dan menyihatkan punggung)
- spring mantap (layan je bila lalu kat bonggol2 uniten)
- corak matang (rasa mcm naik bas ekspress pulak)



Lumrah alam, tiada yang baru kalau tiada yang lama.
Yang ni la Bas Pendek Lama (BPL) Uniten.

















Buruk giler kan?
Sebab tu la gua selalu tak datang kelas sebelum ni (hehe).

DISADVANTAGES of BPL
- aircond perlahan nak mati (rasa mcm nak pakai singlet je gi kelas)
- speed slow giler (orang jalan kaki lagi laju kot)
- langsir dah kepam (siap ada kesan air liur basi)
- tempat duduk berketul2 (rasa mcm nak buasir je lepas duduk)
- spring jahanam (ada bunyi "ek-uk-ek-uk" masa lalu kat bonggol, sakit pinggang)
- corak common (budak tadika tengok mesti diorang kata itu bas tadika diorang)


Dah la tu.
Dah banyak sangat kutuk BPL kan.
Kesian kat BPL tu.
Bagi peluang kat BPL untuk berubah untuk contohi BPB.
(everyone deserves the second chance - ayat teminator salvation)

Now, it's time to study (wah, apex cakap english la) (ish, diam la kau)
Final Examination is just arround the corner.
Lepas final ni cuti 2 minggu, 12hb-28hb June.
Mungkin tiada update sepanjang cuti.
So, jangan tanya "pex, bila nak update blog?"

OK, GTG. Bye.





HUG & KISSES,
APEX