Tuesday, June 2, 2009

KKS, KMB, TGG

Semalam, 2hb Jun, gua agak happy kot. Sebab gua telah dikejutkan dengan suprise birthday party yang amat mengejutkan. Gua memang tak bajet la diorang telah merancang untuk buat birthday party tu sebab birthday gua bukannya semalam pon, tapi 13th June.

Berikut sedikit details mengenai birthday party


Tempat : Taman Gelap Gelita (siap ada org buat projek kot), belakang McD Bangi
Masa : 8.30pm - 11pm
Dalang : Keret, Baby, Cipuwt, Jaja, Edd, Sodox



Cerita bermula apabila gua sedang lepak chill2 kat bilik. Masa tu gua sedang mereply komen yang datangnya daripada seorang gadis yang kelihatan seperti Kurang Kasih Sayang (KKS). Tiba2, handset gua bergetar dan nama Sodox berkelip kelip di skrin handset gua yang calar balar tu. Gua dapat membayangkan si Sodox sedang melambai lambai gua dari dalam skrin handset tu, kecik je dia kat dalam tu, seperti ada sesuatu yang penting ingin disampaikan. Namun, gua mahu menghabiskan ayat2 terakhir gua untuk gadis KKS ni dulu. Gua menghabiskan ayat gua dengan menulis, "If u tak cukup kasih sayang, jangan malu2 bagitau i ok. i ada baaaaaaaaaaanyak kasih sayang". Then baru la gua menjawab panggilan dari Sodox tadi dengan menekan butang bewarna hijau. Sian dia, lenguh tangan dia melambai gua.

Ooooo... Rupa rupanya si Sodox tu mahu mengajak pergi makan di Bangi. Katanya baby ajak makan kat Kedai Makan Baru (KMB). Bila gua tanya nama kedai tu kedai apa. Dia jawab kedai baru. Gua tanya lagi, memang signboard kedai tu tulis "KEDAI MAKAN BARU" ke? Dia kata, Aah. Gua pon terus Oooooooo panjang, sebab gua tak tau nak bagi respon apa. Sekarang ni nama kedai dah macam2 sangat. Silap2 nanti, Kepala Hotak Bapak Kau Berjambul Lapan pun boleh jadi nama kedai. Layan kan sahaja.

Pastu, gua pun terus bersiap siap untuk pergi makan di KMB. Bunyi macam rare je. Then gua pun terus bergerak ke Bangi dengan beberapa rakan yang lain. Oleh sebab gua tak tau kat mana letaknya KMB yang digembar gemburkan tu, maka McD Bangi dipilih secara rasmi sebagai tempat pertemuan kitorang. Edd kata dia nak datang jemput gua kat McD, then bawak gua ke KMB.

15min kemudian, si Edd pon sampai bersama bibiknya, cipuwt. Gua pon borak2 la dulu dengan diorang. Dan gua pon tanya la si Edd, "kat mana KMB tu? Tak pernah dengar pon sebelum ni". Then dia kata, "jom la follow aku". Gua pon terus tonjol belakang kereta Edd. Dia menuju ke suatu Tempat Gelap Gelita (TGG) berhampiran McD tersebut. Gua pon takde la rasa pelik sangat, yela, KMB kan. Mungkin kedai tu tak sempat daftar elektrik kat TNB lagi, tu yang gelap gelita tu kot.

Tempat tu nak kata playground, takde la nampak buaian or jongkang jongkit. Nak kata padang shuffle, takde pulak nampak budak terkinja kinja bershuffle. Maybe skate park kot sebab ada jugak kelihatan tempat yang selalu gua tengok kat TV diorang seret skate board kat atas papan (ntah jadah haram apa ntah nama benda alah tu). Tapi kalau gua nak cakap tempat ni Hotel 2 Bintang pon boleh jugak sebab masa kitorang sampai je kat situ, ada la nampak beberapa couple duduk bertebaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan di TGG tu. Masa tu baru la sebuk gelabah nak cari mana baju, mana seluar, mana tali leher, mana sapu tangan, mana stokin belah kanan (tapi jangan risau, orang bangi semua baik2 kot)

Tiba2 si Edd parking kat TGG tu. Pastu dia terus berjalan menuju ke sebuah pondok yang juga gelap gelita. Gua dah start blank, dan keluar dari kereta. Gua ikut Edd ke arah pondok tu. Tiba2..



HEPY BESDAY TO YOU, HEPY BESDAY TO YOU, HEPY BESDAY TO SHAHRIMAN, HEPY BESDAY TO YOU.



Gua terus nak tergelak, gua memang mati2 ingat budak ni salah tarikh. Gua cakap sambil gelak, "korang ni salah tarikh kan?". Pastu diorang pon jawab, "mana ada salah tarikh, memang kitorang plan nak buat arini sebab takut dah cuti nanti takut tak sempat. Lagi pon, ini baru nama suprise party". Gua pon terdetik dalam hati, "iye tak iye jugak kan. Baru gua dapat kenal erti suprise dari akar umbi. Lagi pon, boleh makan free". Gua pon terus potong kek dan party pon bermula. Ada jugak la budak2 ni beli 2 keping pizza. Teralas jugak perut gua malam tu. Terima kasih daun kesum wahai kawan2.

Lepas makan, kitorang ada main satu permainan yang bagi gua fun giler vavi. 5 bintang untuk game tu, ambik ni *****. Tak cukup? Nah, gua up lagi, 12 bintang ************. Nama permainan tu ialah Laughing Gas. Mudah sahaja, sembur gas tu kat kain, then sedut pakai hidung dalam beberapa saat. Bila cukup syarat, korang akan ketawa terbahak bahak sambil guling gulingan tanpa henti ditempat korang sedut tadi. Memang susah nak berenti gelak. Korang la orang paling happy time tu. Orang yang menang jadi jutawan melalui peraduan Power Root Ali Cafe (saya menang motto) pon tak happy macam korang. Memang mantap wei. Harus cuba. Gua 1st timer, gua teruja.

Sudah abis main, penat giler. Yela, gelak lebih kurang sejam tanpa henti kot. Berpeluh peluh badan gua, macam baru lepas panjat pokok petai pulak. Pastu, kemas2 pondok sikit, then gerak pergi Serdang pulak untuk shisha. Pening Laughing Gas pon belum cool down lagi, ditambah dengan pening shisha pulak. Mantong kepala gua. (tiba2 teringat lagu pening dendangan ezlynn dan raja gelek buntut gelebeh malaysia, M. Daud Kilau)

Lepas abis shisha, semua seakan tidak bermaya. Semua mendapat kata sepakat untuk pulang ke Uniten. Bak kata pepatah, bulat donut kerana manusia, bulat manusia kerana donut (versi karam sing walia)

Lupa pulak gua nak bagitau. Gua terharu sangat sebab firstly, kawan2 gua buat party tu. Secondly, diorang ada beli hadiah untuk gua. Giler best dowh. Hadiahnya berupa seutas tali pinggang keluaran Uncle Topman. Gua sangat2 suka kan nya. Gua janji, akan pakai tali pinggang tu sampai lebam. Terima kasih daun rambai kawan2.



mantap wei..




Sekalung TERIMA KASIH daripada : APEX

14 comments:

  1. waaaaaa.
    nanges ah cmni.
    terharu weyyy.
    siap tangkap gmba pkai belt.
    heee :P

    tp ade satu part yg aku tak puas ati,
    dimana aku dipanggil bibik kepada edd.
    siap highlite lagihh.
    haha.

    ReplyDelete
  2. wahahaa.nak terharu gak la,nak nanges gak la.
    hahaha:P

    ReplyDelete
  3. alaaah.
    seghonoknya suprise party si shahriman niiii.
    hahahha.
    mane rembat laughing gas tu?
    i nak bg kwn i sium lah.
    muka dia asik ketat jee ibarat kain kebaya saloma.
    ape2 pon peeex.
    hepi bekaming birthday!
    ;)
    muamuamuaaaummm!
    heheheh

    ReplyDelete
  4. haha . best giler .
    lagi best game yg korg maen tuh :P
    cam sengal .
    haha .
    happy becoming besday tuanajiapex :))

    ReplyDelete
  5. wuuu~ aku pon tharu gak,beb..

    haha..

    :D

    ReplyDelete
  6. 1. Sweet gila...

    2. HAHAHAHAHAHAHAHAHA...

    ReplyDelete
  7. hahaha..
    besh gile cm 2..
    nway belt 2 semart!
    aik bibik pon j0in ke?
    haha..

    ReplyDelete
  8. korang gne ape ah utk laughing gas tuh?
    kteorg gne spray utk kaki kebas
    hahah lg syok oh :D

    ReplyDelete
  9. yela...gas yg utk kebas kan kaki tu la syg oiii...
    takkan nak guna gas masak plak...
    bukan laughing gas dah tu... crying gass tuu... hahhaha

    btw, tengs all...

    ReplyDelete
  10. Eh, 13 Jun smlm kan? (mengikut tarikh kat comp aku skg)

    SELAMAT ULANG LAHIR!~ (ulang tahun + hari lahir - aku x tau mane satu lg sedap disebut)

    ReplyDelete