Friday, April 10, 2009

Termelalut! Sori....

Ehem2!!! Sakit tekak pulak. Haarrrkkkhhhgg!! [bunyi orang memanggil kahak berlendir warna hijau kekuningan pekat yg sudah lama tersangkut di tekak dan disimpan di dalam mulut buat seketika sementara mencari port baik untuk membuang]... Shit!! takde port baik nak buang la. Macam mana ni?

Syaiton lantas berbisik, "Telan je wei, bukan ada orang nampak pon!"

Aik?? Gua dah pelik, apa la syaiton ni, sepatutnya dia hasut gua untuk buang kat tempat2 yang tak sepatutnya seperti membuang kahak ke dalam minuman kepunyaan roomate yang memesan minuman untuk ditapaw, ataupun memasukkan kahak ke dalam tangki minyak kereta milik teman wanita sendiri. Sebaliknya dia menuruh gua untuk menelan kahak tersebut. Tapi buat apa gua nak ikut cakap syaiton? Pergi berambus kau syaiton!!

kame-hame-haaaa! ---- BOoOoOoOoMM!!

Gua terus mencari port baik untuk membuang kahak tadi, dan gua telah memilih balkoni sebagai port terbaik untuk gua melepaskan hajat. Lama jugak gua kemam kahak tu, dan akhirnya.... Haaaakktuuuiii! [bunyi orang membuang kahak 20 meter dari aras laut]... Arrgghhh... Lega! Tiba2....

"Woi! Ni haram jadah mana pulak yang buang kahak dari atas ni?" Jeritan suara garau kedengaran.

Gua terkejut, dan terus ke balkoni tadi dan menghulurkan kepala. Gua dengan macho membalas,

"Memang la orang buang kahak dari atas ke bawah, takkan nak buang dari bawah ke atas pulak?"

Jeritan garau tadi milik pemuda shuffle rupanya, suara rock tapi shuffle. Dan dia berteriak lagi sambil menyapu2 topi nya yang melekit akibat buruk dari bendalir hijau kekuningan tadi,

"Eh! Lu ni brader, gurau kasar nampak! Agak2 la kalu nak buang kahak tu brader..."

Suasana semakin tegang, setegang unjuran wayar elektrik di tepian highway. Lantas gua menyambung,

"Alamak, lu ni kecoh la mat. Itu taik burung je kot, taik burung dengan kahak pon tak boleh bezakan ke? Gua kata lu bebal kang, lu tacing pulak."

Muka budak shuffle tu terus berubah dan terus menyuarakan ketidakpuashatian nya,

"Agak2 la kalau nak menipu pon. Lu ingat gua tak tengok National Geographic ke? Mana ada taik burung pekat warna hijau kekuningan ni. Gua tau la ini kahak!"

Gua dengan muka tak cuak lansung membedil dia semula dengan kata2 yang tak berapa kesat sangat,

"Dah tu? Kalau betul itu kahak, kenapa? Yang penting gua tak kacau mak lu masak dgn masukkan cuka dlm masakan mak lu, tak putuskan paip air masa bapak lu tengah basuh kereta, dan tak kacau lu shuffle! Kan?"

Pemuda shuffle itu seakan cuak, dan beredar dari situ sambil menyepak nyepak batu. Gua cuma pandang dari balkoni sambil angin sepoi2 bahasa mengibarkan rambutku yang hampir panjang [senang cite scene ni sumpah macho giler la]... Bayangkan la, slumber je gua usir budak shuffle tu. Ingat senang ke nak buat camtu?

Sape setuju? hahaha...


Terlebih dahulu, gua ingin menyusun jari memohon 1001 kemaafan kepada muda mudi yang menjadikan shuffle sebagai cara hidup mereka. Gua cuma menulis untuk memenuhi masa lapang sahaja. Entry ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah mendahului kita.
Mood : Tiba2 insaf



*p/s : Sebenarnya nak buat intro je "Ehem2!" tadi, tapi termelalut sampai penuh satu page. Tak jadi nak tulis apa yang sepatut di tulis. Lain kali la.




narrated by,

APEX

10 comments:

  1. haha
    apex apex
    ter kau mmg ter betol lah

    ReplyDelete
  2. eh ape kahak2 ni baii!
    x le lebih jijik ka?

    *tiada isi dlm petikan.lebihkan huraian.dan teruskan usaha!!
    bahahhahaha

    ReplyDelete
  3. ayyoo...ade markah isi dan hurain plak ke skang??
    macam2...

    ReplyDelete
  4. sumpah pengotor.

    *kini,syaitan sedang merasuk aku untuk mengunjurkan celah punggung di balkoni.Ini disebabkan aku ingin tercirit.

    teka-teki: Apakah persamaan antara tahi burung dan tahi paan?

    ReplyDelete
  5. ish....taik paan lagi pengotor...hahah

    ReplyDelete
  6. weh . introduction kaw disgusting .
    wekkkkk .
    haha

    ReplyDelete
  7. Yeah that's the attitude exactly!
    HAHA

    ReplyDelete