Diam tak diam.
Diam tak diam .
Dah 17 hari kita sebagai umat islam telah menjalani ibadah puasa.
Bagaimana dengan tahap amalan kita
apabila melepasi pertengahan ramadhan ni?
Jikalau berdayung, harus dilajukan dayungan.
Jikalau berkayuh, harus dipercepatkan kayuhan.
Jikalau berjalan, harus dipanjangkan langkahan
Begitulah kita harus memperbanyakkan amalan
Sebelum ramadhan meninggalkan kita.
Gua berpesan kepada diri gua.
Gua berpesan kepada kalian semua.
Marilah kita bersama.
Meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Perbanyakkan la 3 perkara ini di bulan ramadhan yang mulia ini.
Pertama, amalan sunat.
Kedua, baca Al-quran.
Ketiga, zikrullah.
Dengan mengamalkan 3 perkara ini.
Nescaya kita akan keluar dari bulan ramadhan ni.
Dengan penuh kejayaan.
Insyallah.
Demikianlah tazkirah ringkas oleh
Yang berbahagia Al Fadhil Ustaz Shahriman.
Imam besar kuala pilah.
Mood : pendakwah berjaya
_____________________________________________________________
chill jap sambil tukar mood.
_____________________________________________________________
Mood : Chill sudah
Memandangkan Hari Lebaran bakal tiba tidak lama lagi.
Selepas bulan ramadhan meninggalkan kita.
Ramai orang sudah mula membuat persiapan.
Untuk menyambut hari kemenangan umat Islam itu.
Keluarga gua tidak terkecuali.
Semalam.
Gua, Mama dan Babah pergi membeli belah di jalan TAR.
Keadaan orang2 disana sungguh padat.
Ibarat Cakera padat yang disumbat sepadat padatnya dalam sebuah kotak.
Gua bukan shopping sakan sangat pon.
Gua cuma nak cari baju melayu teluk belanga.
Tiba2 tahun ni rasa nak jadi macam orang Johor pulak.
Gua masuk semua kedai yang ada jual baju melayu.
Masa nak beli baju melayu tu.
Gua saje je nak test vocabulary brader tu.
Gua tanya la dia macam ni.
“Bang, baju melayu Belanga Bay ada tak?”
Brader tu pon menjawab tanpa segan silu.
“Aik, setahu abang Danga Bay ada la yang kat JB tu hah. Belanga bay belum ada lagi.”
Gua dah gelak berdekah dekah dalam hati.
Nasib baik puasa.
Kalau tak dah lama gua gelak guling2 depan brader tu.
At last, dapat juga baju melayu Belanga Bay warna coklat.
Awwwwwwwww~
(kepada bakal2 mak mentua yang ingin mendapatkan gambar gua berbaju melayu teluk belanga, jangan lepaskan peluang untuk datang beraya di rumah gua. Ini satu pelaburan yang berbaloi. Jangan ketinggalan)
Lepas dapat baju melayu Teluk Belanga tu.
Gua rasa cam penat giler berjalan dan haus.
Tetiba ternampak 7eleven kat sebelah kanan gua.
Dan dan je ada 7eleven sebelah tu.
Gua pun berdiri depan pintu cermin 7eleven tu.
Buat2 betulkan rambut dan telan air liur.
Tu je la yang termampu gua buat masa tu.
Mama dan Babah ntah mana menghilang masa tu.
Masing2 mencari keperluan masing2 kot.
Gua buat keputusan untuk berjalan ke carpark.
Dan bercadang tunggu Mama dan Babah disana.
Tidak jauh dari carpark itu.
Gua nampak ada seorang polis trafik.
Sedang menjaga lalu lintas dibawah sinaran mentari.
Hati gua terdetik.
Tit…tit…tit…tit.. (bunyi berdetik. Jangan fikir bukan2. kurang pahala puasa)
Segak sunguh beliau beruniform lengkap.
Dengan motosikal Honda berkuasa 750cc,
Berkaca mata hitam.
Tegap sasa bangun tubuhnya.
Beliau sanggup berkhidmat untuk negara walau apa jua keadaan.
(macam ada lagu rock kapak ni, gua tak tau apa nama band dia. It sounds “berpanas hujan berembun, tak pernah ku hiraukan….oooo”)
Dan bagi gua sikap polis itu sangat cool.
Untuk dicontohi oleh remaja masa kini.
Dekat carpark gua parking kereta tu ada satu pondok pengawal.
Tiba2 polis trafik yang gua perhatikan tadi tu turun dari motosikal.
Dan menuju ke pondok berkenaan.
Kebetulan gua pon sedang berjalan ke
Untuk mendapatkan tempat redup di bawah pondok tersebut.
Polis trafik tadi dan beberapa orang di pondok itu sedang rancak berbual.
Gua rasa macam segan pulak nak lepak kat
Tapi sebab matahari terik.
Gua tekad nak lepak bawah pondok tu.
Kerancakkan polis trafik itu berbual seakan terganggu.
Dengan kehadiran gua.
Gua macam dah nampak sesuatu.
Tapi malas nak tuduh2 bulan puasa ni.
Polis trafik tu macam nak cover2.
Dia tak tau yang gua dah nampak di tangannya ada seputung rokok.
Gua tengok je dia.
Dia masih nak cover2.
Dia macam nak tahan nafas untuk elak gua nampak asap keluar dari mulutnya.
Gua nak tengok berapa panjang nafas dia.
Tanpa dia sedari asap terkeluar juga dari hidungnya.
Gua dah start nak gelak.
Makin banyak asap terkeluar.
So, gua rasa dia cam dah surrender.
Dia hembus je asap tu keluar.
Ambik kau. Berkepul kepul asap dia.
Time tu dia dah takde nak cover2 lagi kot.
Alang2 dah kantoi.
Tapi gua rasa dia takde la malu sangat.
Maybe sebab muka gua macam orang
So, dia macam relax je la.
Dan perkara pertama yang gua nak buat lepas nampak kejadian tu ialah.
Gua nak tarik balik segala pujian2 yang telah gua lemparkan.
Terhadap polis trafik yang sungguh memalukan itu.
Ehhh. Baru gua teringat!!
Ni masa gua hantar alter jeans kat pertama complex.
Lepas jeans dah siap dialter, gua pon nak try dulu jeans tu.
Brader kedai tu suruh try kat dalam bilik.
Kat Bahagian belakang kedai dia.
Nak kata fitting room, bukan.
Ia lebih kepada stor kot.
Gua tengok takde orang.
Gua pon terus bukak seluar.
Tiba2 ada orang kat penjuru bilik tu.
Terus melatah gua, “oh…pantun!”
Gua tengok betul2 ada seorang pakcik.
Rambut dah beruban dan dah separuh umur kot.
Yang best nya, dia tengah hisap rokok.
Gua dengan seluar separuh terdedah
Pakcik tu yang tegur gua dulu.
Dia kata, “takpe dik, tukar je seluar. Acik tak tengok”
Gua pon cakap, “tarahal pakcik.”
Tapi yang gua tak tahan ayat last dia,
“sory ye dik, acik hisap rokok.”
WTFun~
Kepada yang terasa tu.
Gua mintak maap banyak2.
Gua bukan nak mempersendakan siapa2.
Cuma nak jadi
Harap kita boleh sama2 renungkan.
PEACE NO WAR!
APEX
Ish3x...Dah tua pun x pose... isap rokok kenyang ke? alang2 x pose tu, g la mengketedarah KFC ke, ye x?
ReplyDeletepergh.. ko pex.. iman gagah ag weh.. seyes..
ReplyDelete*saje puji nk pahala lebih bln ramadhan ni..haha
ACAN : tu r pasal. kalau KFC buleh den tumpang sekaki. hahaha
ReplyDeleteSKYJUS : chill sudah bro
Awwwwwwwww~
ReplyDeletehaha..
ada cam gay x?
Awwwwwwwww~
ReplyDeletenk tiru froggy.
hahahah.
FROGGIE : cam pondan tua.. hahah
ReplyDeleteHAZIQ : kau pesal? hahah
baca mukadimah ko, baru aku ingat nak puji - "mulia budak ni, siap berdakwah kat sini"
ReplyDeletebila baca ko kata muka ko cam muka org UK skit, aku dengan b'besar hati nak puji - "mulia budak ni, tak pernah cuba smunyikkan sifat perasan dia"
p/s: aku teringin nak tengok pakcik polis tu tahan asap
MEL : siud kau... haha
ReplyDeletesetelah beberapa minit berfikir, br aku ingat lagu ape yg kau nyanyi tu. lagu tomok kan! hahahahaha. giler la. kau lyn tomok ke dulu2? kantoiii~ hahah.
ReplyDeletebro..jjgn lupa singgah2 blog gua..huhu
ReplyDeleteCIPUWT : hotak kau lagu tomok. Kumpulan Spoon or Scoin. haha
ReplyDeleteSYED : haaaa???
wei apex... x sangka gua,hidup lagi ko...wakakakakaa... ko kenal ke aku??? lawak la aku baca tulisan ko ni... tersimpul urat kentut...hahahahaa
ReplyDeletehttp://www.hilmizolkifli.blogspot.com