Saturday, November 14, 2009

MKB!

HAAAAAACHUUUUUMM!

Errrrr? Berhabuk kaw2 blog gua ni. Dah lama tak bukak kot. Tapi oleh sebab melayan permintaan seorang gadis yang katanya, "I m your loyal reader!", Dan kalau dia rasa blog gua ni boleh buat dia bahagia, gua tunaikan je la permintaan dia tu. Itu yang dia nak selama ni kan. Tarahal. (ayat tawakal)


Sejak Jumaat lepas (13November), genap lah 3 minggu gua bergelar Pencari Nafkah yang tabah. Gua saje je nak kerja part time sebab nak cari pengalaman dan untuk cuba sendiri bagaimana keperitan dan pahit maung orang bekerja mencari nafkah. Memang serik untuk mencari nafkah sebenarnya. Kalau dulu, gua selalu habiskan duit tanpa mengira bagaimana susahnya duit itu diperolehi. Dan sekarang, gua sedar bagaimana susahnya untuk mencari duit dan lebih menghargai duit. Eh, ni apahal ayat tiba2 tacing ni? DUHH! Pergi chill balik!

(dah chill belum? dah? ok, sambung balik!)

Kalau korang nak tau, gua sedang bekerja di sebuah kedai sukan di Mid Valley Megamall. Dan nama kedai yang bertuah sebab dapat pekerja terbaik macam gua tu ialah Kedai ROYAL SPORTING HOUSE. Nama singkatan RSH je. Tapi gua ada nama singkatan lain yang gua reka sendiri untuk kedai gua ni. Ia berbunyi MKB. Nak tau apa maksud nya? Haaaa. Ni la tajuk post gua kali ni. MKB! (sila rujuk tajuk di atas)

MKB ditafsirkan sebagai MAJIKAN KUKU BESI! (dengan nada memberontak)
Sekali lagi, MAJIKAN KUKU BESI! (dengan nada yang masih memberontak)

Nak tau sebab apa?
Sebab perangai Bos (bajet bos besar) gua yang tersangat lah annoyying! Memang gua akui, gua bekerja under dia dan gua tau dia Bos gua. Tapi jangan la sampai tak respek pekerja sendiri. Kalau dia nak gua respek dia, dia kena lah respek pekerja2 dia dulu. Ini tak! Dia buat gua macam kuli batak dia. Dia suka sangat mengarah orang. Senang cerita dia ni tak boleh tengok orang senang sikit la. Ishhh! Malas la gua nak cerita pasal perempuan tu banyak2. Makin difikir, boleh lemah pundi kencing gua? (jangan cakap takde kaitan, ada laaaa)

Setiap hari gua datang kerja, nampak je muka dia, terus hancur dan luluh mood mencari nafkah yang gua pasang siap2 dari rumah lagi. Itu sebab jiwa dalaman gua ni selalu memberontak! Gua malas je nak tunjuk siapa gua yang sebenar. Dia ingat gua nak berdiam diri je ke? Tapi selama ni memang gua memberontak, tapi memberontak dalam hati je la. Kira OK la tu kan, memberontak jugak tu kan. Tapi gua takkan biarkan MKB tu bahagia macam tu je setelah dia buat gua sengsara sebegini rupa. Gua mesti nak balas dendam balik! Balas tetap balas bro! Gua selamber je mencuri kat kat kedai MKB tu. Tapi bukan mencuri baju atau kasut la. Confirm sensor berbunyi nanti. Kan gua ni lelaki bijak, macho dan berwawasan, gua curi benda yang sensor tak boleh kesan. Senang je, gua curi tulang la. Padan muka MKB tu. Rasakan amukan dari APEX! - BOOM! BOOM BOOM! (sound effect sambil suasana menjadi kabur kerana asap tebal dari hasil letupan)

Berikut cara2 gua mencuri tulang di kedai MKB :

1 . Macam ponteng kat sekolah, buat2 pergi tandas (ni la sebab gua pundi kencing jadi lemah, kalau meluat tengok bos je pergi tandas. Kan ada kaitan dengan yang atas tu kan). Pergi tandas betul2 rambut sikit, usik2 air sikit dan buang2 air sikit. Keluar balik, dan menuju ke topman. Biasa lah, window2 shopping dowh (siap try2 baju kat fitting room topman lagi). Nak beli, gaji tak masuk lagi. Pastu, masa dalam proses mencuri tu, gua ternampak sebatang kerusi panjang. Perrghhh! Betul2 menguji kesabaran dowh. Yela, gua kerja 6jam tak boleh duduk lansung kot. Bila nampak kerusi panjang tu, memang gua melekat kat situ 5minit la. Bukan apa, nak kendur kan otot2 dan urat2 yang tegang sebelum menyambung perjalanan balik ke kedai MKB. Cukup2 la tu, ada cara lain lagi untuk mencuri tulang.

2. Kat belakang kedai, ada stor simpanan. Kalau alang2 ada customer nak suruh gua ambil kasut kat stor, gua memang suka giler la. Yela, mana tak nya. Masa ni pon boleh mencuri tulang jugak. Gua memang dah tau kasut tu ada terletak kat rak bahagian atas, tapi gua saje start dengan row paling bawah sekali. Sebab kalau start dengan row bawah, boleh duduk jap. Tapi mata kena alert dari cctv sebab takut kantoi busuk. Tapi kalau dah lama sangat, Bos gua mula la masuk stor cari gua. "Apexxxxxxxx...mana kau? customer ni dah bising nak kasut. Jumpa ke tak?" Gua bingkas bangun, dan terus pandang row atas (buat macam baru jumpa kasut tu). Dengan cool, balas balik, "Errrr... Dah2, dah jumpa dah. Kejap," (keluar stor sambil buat2 kesat tangan konon2 nya baru lepas panjat rak tinggi yang berhabuk)

3. Kalau kena housekeeping (seperti mop lantai, sapu sampah, lap cermin, buang sampah)

- MOP LANTAI : Biasanya, Bos gua akan bising2 suruh tukar air mop, tapi gua malas nak pergi tukar air sebab toilet jauh giler. Gua guna je air yang sedia ada kat mop tu. Asalkan mop tu macam lembab2 sikit, ok la tu. Ada sekali tu, mop tu kering. Tapi depan bos, buat muka cool je la mop dengan mop kering tu.

- SAPU SAMPAH : Dekat kedai MKB tu, ada banyak rak2 kasut. So, kalau menyapu, pura2 je bawak penyodok. Tapi semua sampah gua buang bawah rak. Lagipun, sapu ala kadar sudah. Bukan nak tidur atas lantai tu pon kan.

- LAP CERMIN : Fitting room kat kedai MKB tu ada dua, dalam setiap fitting room tu ada sebuah cermin besar. Gua bawak kain dan penyembur cermin masuk dalam fitting room tu dan kunci pintu. Lepas 5minit, keluar dan masuk ke fitting room yang berikutnya. 5minit = satu cermin? OK la tu kan. Tapi kenapa kena kunci pintu? Haaaaa! Lu pikir la sendiri.

- BUANG SAMPAH : Ni benda paling simple la. Buang sampah kat tingkat bawah. So, lagi senang la nak merewang2. Cuma, malu sikit la nak jalan2 sebab kalau buang sampah kena bawak troley (takkan nak heret troley sampah pergi masuk topman kot).


Haaaaa!! Begitulah kegiatan gua kalau dah meluat sangat tengok muka Bos gua tu. Tapi dia kadang2 macam perasaan gua tak berapa nak layan dia macam gua layan pekerja2 lain. So, kadang2 dia ada cuba nak gurau2 dengan gua. Ooopsss! Sorry la bro. "Once lu dah buat taik kat gua, takkan gua nak layan lu macam cup cakes pulak kan". Lu kan dah besar, dah pandai fikir benda baik buruk. Tapi kalau lu masih rasa perangai lu tu baik untuk kemajuann syarikat, lu teruskan la. Gua kerja sampai hujung bulan ni je. Tak sabar nak MERDEKA!

MERDEKA dari cengkaman MKB iaitu,
sekali lagi kita laungkan bersama2!

"MAJIKAN KUKU BESI"



Yang Mahu Merdeka,
APEX oh APEX

8 comments:

  1. lu ingat lagi module 6 x, material n hardware. besi boleh jadi lembut kalau kita buat heat treatment. lu try bakar jari dia tgk dia berubah x. kalau x lu bakar je dia. dengan kedai2 skali pun ok gak...

    ReplyDelete
  2. brado, tertinggal satu lg tips mencuri tulang lah which is tonggeng2 while susun kasut =p

    xpela, episode si pencari nafkah bakal abis tak lama lg..teruskan berkhidmat dgn MKB dgn tabah ye c:

    ReplyDelete
  3. ACAN : haha. takpo2, dah tak lamo lg dah.

    HAS H. : haha. siud je dogging i tonggeng2.

    ReplyDelete
  4. gua pown dah mengerti betapa peritnya cari nafkah sendiri.

    ReplyDelete
  5. FROG : kann? kita ni kan suami yg baik. tak penah miss bagi nafkah kat bini. haha.

    ReplyDelete
  6. HAS H. : haha. siuddd! diammm! grr

    ReplyDelete
  7. ngahaha lame gile vavi you tak update!

    ReplyDelete