Wednesday, November 18, 2009

Curi Tulang - Part II

Fuuh! Masuk hari ini, dah 3 hari gua kerja lebih masa atau istilah yang popular dikalangan orang bekerjaya macam gua ni guna ialah Over Time, atau hanya menyebut OT untuk lebih menampakkan stylo. (contoh ayat : aduuuuh! gua tak dapat datang la majlis pertunangan nenek lu ujung minggu ni sebab gua kena buat OT). Haaaaa! Stylo kan?

Biasa lah, kalau dah buat OT, confirm penat la kan? Mana tak nya, start membanting tulang dari pukul 9.45am, sampai la pukul 10pm. Tapi kena paham betul2 di sini ye! Kerja gua bukan la gua amik tulang sendiri, then banting kat dinding! Bukan la macam tu. Jangan la lurus bendol sangat awak! Kerja gua, gua kena kira dan susun semua stok-stok barang yang ada kat dalam stor tu. Stor kalau kecik takpe, ini tak! Dua bijik bas Rapid KL pun boleh parking dalam tu. Nak reverse parking pun boleh. Sumpah penat wei!

Gua kalau dah penat, tambahan pulak perangai Bos yang amat menguji ketahanan fizikal, mental dan psikologi, gua pun mula la usya-usya line nak mencuri tulang. Dah penat banting, kita curi pulak tulang tu. Kesian tulang! (takpe, nanti kita celebrate hari tulang sedunia kat klcc eh? *ambil hati si tulang*)

Gua dah jumpa satu kaedah terbaru nak curi tulang. Benda ni tak nampak macam curi tulang. Tapi nampak cool. Macam ni, kat kedai gua tu ada satu bahagian di mana barang2 untuk permainan golf dijual. Ia terletak di bahagian belakang kedai (port baik kaw2) yang boleh membuatkan gua lenyap dari pandangan Bos Durjana! Gua pun agak kamcing dengan brader yang jaga bahagian golf tu. Gua amat berbesar hati apabila brader tu pun sudi memberi perlindungan sementara kepada gua.

Lepak kat tempat golf tu best la jugak. Banyak benda yang gua belajar pasal golf. Sebenarnya, takde la susah sangat main golf ni. Main konda-kondi lagi susah kot. Patut la Tiger Wood senang2 je jadi power. Cuba suruh Tiger Wood main konda-kondi la, tengok dia boleh power ke tak? Confirm tak la!

Gua cakap golf ni senang sebab kalau kita tengok kat TV, selalunya kat drama2 melayu, kan selalu ada adegan Dato' dan rakan kongsinya main golf. Diorang pukul bola entah ke mana2, then naik kereta golf yang comel tu, then mula sembang pasal bisnes juta2 (biasalah, cerita melayu, mana nak kalah kan. penah tengok ke Dato' cerita bisnes juta2 sambil main teng-teng?) (ataupun, diorang main golf, tapi sembang pasal projek pembersihan longkang balai raya yang cuma menelan belanja RM30). Mesti tak punya! Golf dan juta2 mesti hadir pada masa yang sama. Ehhh? Apasal gua tiba2 bersifat offensive terhadap golf ni?

Kesimpulannya, golf sebenarnya adalah sukan yang baik. Ia merlukan tumpuan dan strategy yang rapi. Ia bergantung kepada kita sendiri untuk menilai dan menggunakannya ke arah yang positif. Kalau macam gua, gua gunakan golf untuk mencuri tulang. Positif ke tu? Renung2 kan lah, gua tinggal kan gambar gaya gua main golf kat kedai gua untuk tatapan korang. Mana tau, suatu hari nanti gua dapat bapak mentua Dato' yang kaki golf, layan jela. Tapi walau apa2 pun, gua confirm dapat bapak mentua DatuK, iaitu DatuK kepada anak gua nanti.









The bones had stolen by,
APEX WOOOOD

6 comments: