Thursday, November 19, 2009

Black Forest!

Hari ini gua kerja shift petang.
Dah takde OT dah.
Cukup la 3 hari direct OT.
Sakit2 badan gua.

Hari ini kerja macam rilex sikit.
Cuma kena panjat2 sikit susun barang kat stor.
Kerja rilex macam mana pun,
Gua mesti nak curi tulang jugak.
Tak tau kenapa.
Mungkin sebab dah terbiasa kot.

Hari ini curi tulang simple je.
Gua mintak pergi toilet.
Tapi memang gua nak pergi buang air kecil pun.
Alang2 menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan.

Hari ini gua masuk toilet (yang berhampiran dengan kedai gua).
Fuuuhh! Penuh giler babi.
Orang2 semua beratur depan pintu toilet.
Muka masing2 pelik seperti sedang menahan sesuatu keluar dari tempat simpanannya.
Muka gua pun tidak kurang hebatnya.
Tapi nak buat macam mana.
Toilet penuh kot.

Hari ini pundi kencing gua seperti hendak pecah.
Air di dalamnya sudah mula menunjukkan protes untuk keluar.
Air tersebut berkocak kencang lalu menghentam dinding pundi kencing.
Dan ini tanda amaran penghabisan
(final warning, siren pun mula berbunyi, wiuew-wiuew-wiuew)


Hari ini gua dah tak boleh berlengah lagi.
Kelihatan banyak kekosongan di bahagian jamban berdiri
(standing toilet, cuma boleh didapati di toilet lelaki sahaja. harap maklum)

Gua jarang gunakan jamban berdiri tu.
Sebab gua rasa tak bebas di situ.
Dan kawalan keselamatan perlu rapi juga.
Supaya tiada pihak musuh yang berjaya mengintip.

Hari ini gua dah takde pilihan.
Nak tak nak.
Bebas tak bebas.
Kawal tak kawal.
Gua kena lepaskan juga aliran air ini ke tempat yang sepatutnya.
Agar dia pergi dengan tenang.

(dah habis idea untuk start dengan hari ini)

Daripada 5 jamban berdiri yang ada.

Cuma ada 2 kekosongan.
Yang satu sebelah cina.
Yang satu lagi sebelah brader yang kelihatan seperti Melayu.

Gua tak nampak sangat sebab gua melihat dari belakang.
Tapi brader tu sedang memakai topi yang selalu chef pakai tu.
Gua pun lantas menuju ke sebelah brader tadi tu.
Sebab gua yakin yang brader ni memang chef.
Mesti dia seorang yang mementingkan kebersihan.

Gua pun segera melepaskan aliran yang sudah lama ditahan.
Air mengalir begitu deras.
Bagai empangan jana kuasa turbin yang baru dilepaskan.
Dan gua terkejut kerana dibahagian dalam jamban berdiri tu,
Ada satu gambar kepala lembu dengan tanduk yang panjang.
Dibawahnya ada tulisan, "shoot the bull"
WTFun! (dia ingat ni adegan tembak menembak ke?)

Air masih mengalir.
(ish...lamanya *monolog dalaman*)
Keadaan yang agak lama menimbulkan rasa bosan dalam diri gua.
Gua mula menoleh ke kiri dan ke kanan.
Sebelah kiri gua sudah kosong.
Sebalah kanan pulak masih brader chef tu.
(ish...boleh tahan jugak brader ni. nak lawan siapa paling lama ke? *monolog dalaman lagi*)

Gua tengok je brader tu.
Dia pun ada curi2 tengok gua gak.
Gua tengok dia start dari bahagian topi chef dia tu.
Dan bawah sikit nampak muka dia (takde la handsome mana)
Bawah lagi nampak baju dia (baju warna putih bersih, memang betol chef ni)
Next nampak seluar dia pulak (seluar slack, bucu seluar dia tajam, pandai dia gosok seluar)
Bawah sekali kasut kulit dia (memang berkilat kaw2)
Mungkin betul ramalan gua.
Brader ni memang sesuai jadi chef.
Kemas, bergaya dan pembersih.

Tiba2 terdetik hati gua.
(*atas dah tengok. bawah dah tengok. tengah belum lagi la. nak tengok jap laaa*)

Mula2 macam rasa tak sedap hati nak tengok.
Tapi sebab bosan takde nak buat masa tu.
Tengok je la.

Sepintas lalu gua tengok.
Dan macam2 gua nampak.
Kalau korang tengok.
Boleh demam seminggu kot.

Dia punya black forest memang giler babi.
Gua rasa kalau gua check,
Mungkin banyak habitat yang gua jumpa.
Agak2 la kalau nak black forest pon.
Ini siap ada yang terkeluar keluar dari seluar (berbelit lidah nak sebut)

Dia dah tau jamban berdiri tu takde dinding.
Jadi dia kena la kuat kuasakan kawalan yang ketat.
Tapi dia cuma menembak dari jarak jauh.
Macam memang nak kasi gua tengok je.
Gua tak tau la kalau dia saje2 nak belanja gua ke apa.
Tapi kalau black forest macam ni.
Siapa2 pun tak ingin walaupun kena belanja.

Lepas nampak je semua benda tu.
Terus gua tarik balik kata pujian gua kepada dia sebentar tadi.
Pembersih apa kalau macam tu.
Dan gua rasa, bos dia tak patut bagi satu topi chef kat dia.
(yela, tujuan topi tu adalah untuk mengelakkan rambut dia masuk ke dalam masakkan)

Sebab dalam kes dia ni.
Bos dia patut bagi dua topi kat dia.
Satu pakai kat atas.
Satu pakai kat bawah.
Baru la segala jenis rambut confirm tak masuk.

So, kepada bos2 kedai makan.
Take note!



Yang Geli Geleman,
APEX si GUAVA

13 comments: