Tuesday, December 8, 2009

Benar lah Kata Pepatah...

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
Edisi ke-11,
Cetakkan ke-15,
Muka surat ke-2334,
Baris ke-17,

Mendefinasikan pepatah Melayu,
"Bagai mencurah air ke daun keladi".
bermaksud seseorang yang susah untuk menerima teguran atau nasihat.

Biasa lah, ini semua karya orang dulu2.
Kadang2 ia sedikit menjangkau pemikiran kita.
Kadang2 juga ada yang tak masuk akal.
Tapi terima je la.
Diorang dah penat2 cipta.

Yang jadi mangsanya ialah kita.
Selaku generasi baru.
Dipaksa dan dikerah.
Untuk pelajari apa yang diorang cipta tu.

Bayangkan kalau la diorang tak cipta semua2 ni.
Tak payah susah2 kita kena bangun pagi.
Mandi air sejuk dari kolah yang terbiar semalaman.
Gosok baju sekolah sampai ada side tajam.
Kapur kasut untuk hilangkan kotoran yang kawan pijak.
Bawak bekal bee hoon goreng yang mak masak untuk makan masa rehat.
Galas buku2 teks seberat dua ekor burung unta.
Senang cerita tak payah susah2 nak amik SPM.

Tapi kita tak boleh nak salahkan orang dulu2.
Mungkin diorang pun takde niat nak cipta pepatah tu.
Mungkin ia terjadi tanpa mereka sedari.

Sebagai contoh : "Bagai rusa masuk kampung"
- Mungkin suatu hari tu ada seorang pemuda baru membeli laptop dan dia menunjukkan laptop barunya itu kepada seorang rakannya di kampung. Rakannya JAKUN melihat laptop itu kerana dia seorang pemuda kampung dan tidak pernah melihat laptop sebelum ini. Secara kebetulan, ada seekor rusa muncul di kampung pemuda tersebut. Maka sikap JAKUN rakannya itu digelar sebagai "bagai rusa masuk kampung" untuk menggantikan perkataan JAKUN yang boleh mengelirukan kerana JAKUN juga dikenali sebagai Jabatan Kemahiran Unta Negara.


Kalau gua lahir di zaman dulu2.

Mungkin nama gua akan tercatat sebagai pencipta pepatah.
Mungkin gua dah dapat gelaran Tun dengan ciptaan gua tu (Tun Apex, not bad kan?)
Tapi rasanya tak salah kalau gua cipta pepatah baru di zaman moden ni.

Macam gua cakap tadi.
Mungkin ia berlaku secara tak sengaja.
Dan gua boleh bergelar sebagai pencipta pepatah.
Sebab petang ahad hari tu.
Gua dan rakan2 bosan di bilik.
Tiba2 gua terpandang alat iron rambut.
Tergantung di tingkap.
Dan gua terus mendapat idea untuk iron rambut seseorang.

Namanya Jali.
Dia memiliki rambut yang luar biasa.
Dia ialah salah seorang pelajar berambut afro di Uniten.
Rambutnya afro bagai sarang tabuan.

Berkat didikan dan asuhan yang jitu.
Proses tumbesaran rambutnya kini mencapai kadar optimum.

Dia pun dengan rela hati membenarkan perbuatan gua.
Gua pun tak sabar nak melakukan eksperimen yang macam best ni.
Dengan segera gua plug in.
Dan tunggu sehingga iron benar2 panas.

Sebelum tu, mari kita lihat gambar rambut Jali sebelum di iron. Begini lah rambut dia dalam keadaan biasa pada suhu bilik. Macam sarang tabuan kan?




Dan berikut ialah proses2 iron yang dilakukan.







Dan setelah 15 minit gua bekerja keras untuk iron rambut si Jali, maka ini lah hasilnya.


Fuhh! Ini lah hasilnya. Hebat bukan? Cuba perhatikan rambutnya di bahagian depan. Ia bagaikan mimpi indah buat Jali kerana sebelum ini Jali tidak berpeluang untuk bersikat ke tepi disebabkan rambutnya selalu bersikap degil dan sering menunjukkan sikap protes. Dan hari ini, siapa sangka rambut Jali berada sealiran dengan rambut Noh Hujan.


Namun, kegembiraan Jali tidak kekal lama kerana selepas 5 minit, rambut nya bertukar kepada asal. Lihat lah betapa degil nya rambut Jali.



Dan berbalik kepada pepatah Melayu di atas.
"Bagai mencurah air ke daun keladi".
Maksud pepatah tersebut sangat menjurus kepada Jali.

Ataupun, gua nak cipta satu pepatah baru.
"Bagai meluruskan rambut Jali".

Kesimpulannya, siapa2 pun boleh mencipta pepatah sendiri.
Bagai mencurahkan air ke daun keladi = Bagai meluruskan rambut Jali.

p/s : sekadar gurauan manja kepada Jali dan tiada niat lain. Rambut dia sungguh stylo dan gua harap dia akan biar rambutnya terus membesar walaupun sudah di tegur oleh ustaz Zul.



Tokei Salon,
Apex Lengchai

15 comments:

  1. kacak bergaya kot kalau rambut jali straight. tp sayang ianya terlalu kental utk di-iron. hehe. u dh boleh bukak saloon ni~

    ReplyDelete
  2. HAS H. : hahaha. nnt i bukak saloon, APEX LENGCHAI STUDIO. U boleh dtg wat rebond free je.

    ReplyDelete
  3. rambut jali special pex. kt mesia ade 2 3 org je yg rambut cm tu pex. haha

    ReplyDelete
  4. apex. .
    rambut die mmg afro ori ke?

    ReplyDelete
  5. ARAPE : hahha. kau rugi tak duduk serumah dgn dia lagi rip. haha.

    AMINA : aah. tu rmbut ori dia. hehe

    ReplyDelete
  6. tu lah namo eh rambut bega...
    bagai mencurah air ke daun keladi=bega.
    org n9 mmg mantap, 4 huruf dah boleh tafsir semua...

    ReplyDelete
  7. ACAN : tau takpo. sapo yg cipto perkataan BEGA tu mmg genius laaa.

    ReplyDelete
  8. sian pn ado ak tgk rambut jali tu haa. keras semacam je.x berat ke. haha

    ReplyDelete
  9. nyah.. nnt tolong buat utk mak ye nyah, i nk mcm vogue2 gitu hahahahhaa

    ReplyDelete
  10. ARAPE : haha. rmbut dia padu bro.

    RAIDA : tarahal la nok. nnt mak buatkan ehh. spesel utk kau nok. haha.

    ReplyDelete
  11. HAHAH menggoda tu rambut si jali tuhh

    ReplyDelete
  12. PIQA : haha. kannn? rmbut dia sgt paduuu!

    ReplyDelete
  13. apex...entry ko yg ni mengingatkan aku kat pistol mase dia buat rmbut cenggini dlu..haha

    ReplyDelete