Thursday, March 12, 2009

Gajah Oh Gajah!

Yoooo...! Apa kabar smua? Wah, bajet sunggo gua. haha. Saja nak inform kat lu org, gua dah naik sem 2 ni. Dah almost 2weeks gua berada di sem baru yg serba indah ni. Tiada byk beza nya antara sem ni dgn sem lepas.

Antara yg fakta yg tidak berubah ialah :

1. Sem lepas gua gi kelas naik bus kontot uniten, sem ni gua maseh naik bus kontot tu lg.
2. Sem lepas gua gi makan jalan kaki, sem ni gua maseh jalan kaki gi makan.
3. Sem lepas gua takde awek, sem ni gua maseh takde awek lg.
4. Sem lepas gua duduk bilik A3-00-01, sem ni gua maseh duduk bilik ni lg.

Namun, terdapat juga perubahan yg berlaku dlm diri gua.
antaranya ialah :

1. Sem lepas gua macho, sem ni gua bertambah macho.
2. Sem lepas gua malas, sem ni gua bertambah malas.
3. Sem lepas gua tak blakon teater, sem ni gua dah blakon teater.
4. Sem lepas gua byk jahil, sem ni gua nak improve.
5. Yg pling penting, sem lepas gua amik gmbar pakai kamera nset je, sem ni gua amik gmbar pakai D60 kot (insyallah)


Sebut pasal D60 ni, gua dah lama tak buat spot-check kat kesemua tujuh tabung2 gajah gua. Gua tak tau la diorg [tabung2 gajah tu la] buat keje diorg atau tak. Mentang2 la gua dah lama mendiam kan diri. Dan tiba2 terdetik plak ati gua nak buat spot-check kat tabung2 gajah gua tu. Gua klu nak buat spot-check, gua takkan panggil kesemua tujuh tabung2 gajah tu. Gua akan panggil Chief [ketua puak] diorg utk dtg mengadap gua dan nama Chief tu ialah John. Berikut adalah perbualan gua dgn John :



GONGGGGG~ [bunyi gong di palu menandakan John dtg mengadap]

JOHN : Assalammualaikum Tuan Aji Apex! Tuan sunggo kacak dan macho pd petang yg berbahagia ni.

APEX : Ahhh! Kau jgn nak cakap lawa ptg2 buta ni ok. Dah masak gua dgn prangai lu ni.

JOHN : hahaha. Rilek la tuan, gurau2 pon tak bleh. Tuan PMS ke? haha.

APEX : Errr! [buat muka tensyen dgn mata terbeliak sambil mengeselkan gigi geraham kanan dan kiri]

JOHN : Ampun tuan! haha. Jadi, sy dapat telah menerima e-mel dari tuan, yg menyegerakan ke atas sy utk dtg mengadap. Apa tujuan nya tuan? Ampun tuan!

APEX : Hmm. Mcm ni, gua dah lama tak trun padang utk check progress keje korg. Skang gua nak tau, dah bape riban duit terkompol? Cepat tunjuk kat gua laporan bulan ni.

JOHN : Hmmmm. Errrr. Yg sbnrnya tuan, [tergagap-gagap smbil telan air liur]

APEX : Yg sbnrnya apa!!!! Cepat la.

JOHN : Duit simpanan bulan ni takde lansung tuan.

APEX : Apa?? Woi! Cakap betol2 la. Gua jotos pale lu jap gi.

JOHN : Benar tuan. Begini citenye, dah dkat dua bulan tabung2 gajah mogok tak mau simpan duit tuan.Smua tak nak buat keje.

APEX : Aik?? Knape plak ni? Pesal diorg tak nak buat keje? Gua kasi makan tak cukup ke?

JOHN : Bukan begitu tuan. Tuan dah lupa ke? Tabung2 gajah tu smua gajah betina tuan. Dan kebetolan pula skang ni musim mengawan. Jadi, tabung2 gajah betina tu smua nya mahu dirinya dibuntingkan kerana mereka hendak mencari pewaris bagi harta2 pusaka mereka. Sy selaku gajah jantan tidak sewenang-wenangnya melepaskan pluang utk membuntingkan tabung2 gajah betina tu satu per satu. Dan bila dah bunting, tabung2 gajah tu tidak boleh menyimpan duit lg dlm perutnya kerana seluruh bahagian rahim nya digunakan utk kandungan. Ampun tuan!

APEX : John!!!! Gua tak sangka lu sanggup tikam gua dari blakang semata-mata utk memuaskan nafsu serakah lu tu. Kan lu dah tau gua nak pakai duit utk bli D60 idaman gua tu. Tu sbb gua suruh tabung2 gajah smua simpan duit. Aarrggghhhhh!

JOHN : Tapi tuan, tuan jgn risau. Sy ada idea bernas buat tuan.

APEX : Bernas kepala jimbit kau la. Mana gua nak korek duit nak bli D60? Harapkan gajah, gajah sudah berbadan dua.

JOHN : Nnt dulu tuan, kan sy dah ckp sy ada idea. Sy boleh tolong tuan. Begini, sebelum smua gajah2 bunting, sy secara senyap telah membuat pinjaman dgn BIG BOSS [mama & babah]. Ini pinjaman bolehubah, dan BIG BOSS ada bg beberapa syarat dlm pinjaman tersebut. Dan butir2 pinjaman adalah seperti berikut :

1. Segala perbelanjaan utk D60, akan dibiayai sepenuhnya oleh BIG BOSS. Namun tuan dikehendaki membayar balik apabila duit Loan MARA tuan dah masuk nnt.
2. Kadar bayaran semula pula bergantung kpd GPA tuan setiap semester iaitu ;

* 3.50 - 4.00......................................................20%
* 3.00 - 3.49......................................................50%
* 2.50 - 2.59......................................................75%
* 0.00 - 2.49......................................................100%

3. Selain itu, tuan juga diminta utk berkelakuan baik sepanjang tempoh pembayaran balik.
4. Mana2 syarat perjanjian tidak dipatuhi, maka tuan diminta utk menjelaskan smua byran serta-merta.

APEX : Waaaahhh! Betol kah ini wahai John si gajah tampan? Tak sangka gua memiliki seekor tabung gajah jantan yg bergeliga otak mcm lu ni John. Jadi, bila pinjaman ni akan diluluskan?

JOHN : Ia bergantung pada kecekapan pegawai bank [bukan bapak baby] dlm menguruskan hal ni tuan.

APEX : hahaha. Gembira sunggo gua dgn perkhabaran baik ni John. Skang ni, utk membalas budi baik lu John, gua akan perkenankan segala permintaan lu.

JOHN : hehe. Betol ke ni tuan? Cam tak caye je.

APEX : Betol la. Mintak saje ape2 yg lu suke.

JOHN : Kalau begitu, sy nak mintak maaf jela tuan.

APEX : Laaa.... Ni knape plak nak mintak maaf lak. Raye lambat lg kot. Mintak bnda lain la. Cepat!

JOHN : Baik lah, klu tuan suroh mintak, sy mintak la. Sy nak mintak kebenaran tuan utk memperisterikan kesemua tabung2 gajah tu. Sy nak bertanggungjawab terhadap perbuatan sy. Sy tak nak digelar gajah jantan dayus.

APEX : Wah...! Sunggo baik niat lu tu. Baik la, gua benarkan. Tp igt, lepas smua isteri2 lu selamat melahirkan dan abis pantang, suruh diorg start buat keje balik. Simpan duit byk2, gua nak pakai duit utk gi function plak. Dan pastikan diorg tak bunting secara beramai-ramai mcm ni. Buat keje biar berjadual. Ok?

JOHN : hehe. Baik tuan. Segala titah dijunjung tuan.

APEX : Junjung lah...



So skang, gua ngat tunggu loan approved je. Once approved, gua la org pling gumbira di abad ni. Trima Kaseh kpd BIG BOSS! Nantikan kemunculan D60 di kaca mata anda.






Composed by,
A P E X

3 comments: